[VIDEO] "Allahuakbar!" - Kejadian Ribut & Puting Beliung Cemaskan Penduduk Kg Bukit Payong, Terengganu
TERKINIFenomena puting beliung yang membadai Kampung Undang dekat Marang, Terengganu pada petang Isnin mengakibatkan penduduk cemas.
Menerusi perkongsian video di laman TikTok @thejoker_38, kedengaran suara perakam beristighfar panjang, selepas ketakutan apabila melihat ribut kencang melanda kawasan perumahannya.
Video berdurasi satu minit dan 55 saat itu memaparkan, ribut berkenaan turut menyebabkan beberapa barangan dan atap rumah penduduk berterbangan.
@thejoker__38 KEJADIAN RIBUT DAN PUTING BELIUNG DI KG BUKIT PAYONG TERENGGANU.. #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #bukitpayung #bukitpayong #pray4terengganu ♬ Sholawat Tafrijiyah - MAZRO AKHIRO
Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa lebih 20 rumah di Kampung Undang rosak selepas dibadai puting beliung pada Isnin.
Kejadian pada pukul 2.30 petang yang pertama pertama kali berlaku di kampung itu mengejutkan penduduk apabila kepingan atap berterbangan di udara, selain ada beberapa pokok tumbang.
Menurut METMalaysia, negara berada dalam fasa Peralihan Monsun bermula 3 Oktober 2022 dan akan berterusan sehingga awal 2022.
Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir, yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.
Kejadian itu biasanya berlaku pada waktu petang dan awal malam, di kebanyakan kawasan di negeri-negeri yang berada di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat hingga ke tengah Sarawak.
Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.
Sumber: Majoriti