[VIDEO] "Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Ni!" - Aksi Wanita Menari Separuh Bogel Cemari Bukit Bintang

TERKINI
August 24, 2023 - 12:47 PM


Aksi sekumpulan wanita menari separuh bogel dipercayai berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur mencetuskan kekecohan di media sosial.

Menerusi perkongsian klip video di TikTok menunjukkan beberapa wanita dengan pakaian menjolok mata menari diiringi lagu di hadapan kedai ‘Buy & Save’.

Trend menari yang dipanggil sebagai ‘ki dance re vhai’ itu merupakan antara persembahan sempena sebuah acara yang berlangsung di kawasan berkenaan.

@ahsanrobi7 sei dance #foryou #malaysia ♬ original sound - 💥🇧🇩 AHSAN ROBI 🇲🇾💥

Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai mempersoalkan bagaimana acara tersebut diberi kelulusan untuk diadakan terutama di tempat awam.

“Apa nak jadi dengan Malaysia, dulu benda-benda macam ini tersembunyi, sekarang di tempat awam,” kata Misahatan.

“Ini masalah agensi yang yang luluskan permit acara ini, bagaimana boleh luluskan?” soal seorang pengguna.

“Jangan sampai bala menimpa negara, mohon pihak berkuasa dan Menteri Pelancongan ambil tindakan,” ujar Man.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Destination: