[Video] "Ayah Dia Kerja Apa Weh?" - Penduduk Setempat Terkejut Helikopter Landing Di Sekolah

VIRAL
June 14, 2023 - 12:23 PM


Seronok tau bila kita dihantar ke sekolah oleh ayah kita. Pakai helmet besar kemudian peluk pinggang ayah ketika membonceng di belakang. Namun lain ceritanya seorang pelajar sekolah ni apabila dihantar ke sekolah menggunakan helikopter!

Viral sejak semalam sebuah helikopter menurunkan pelajar sekolah di kawasan padang yang juga menimbulkan tanda tanya penduduk setempat. Mana tidaknya, ini kali kedua pelajar sekolah berkenaan dihantar menggunakan helikopter dan mesti dia datang dari family yang kaya.

Menurut penduduk setempat, ini kali kedua helikopter mendarat di situ namun penduduk tidak sempat merakam kejadian pertama. Ramai teruja dengan kekayaan pelajar itu yang datang ke sekolah menaiki kenderaan tersebut.

Susulan isu tersebut, ia juga menimbulkan rasa marah penduduk setempat apabila helikopter berikut membuat penerbangan rendah di kawasan sekolah yang menjadi tempat ibu bapa meletakkan kenderaan.

"Pada 5 Mei saya timbulkan hal ini kepada pihak sekolah menerusi Facebook, bukan sahaja untuk mengadu tentang isu helikopter ini tetapi juga menyuarakan kebimbangan tentang ibu bapa meletak kenderaan di tepian jalan di kawasan perumahan kami" kata salah seorang penduduk yang yang enggan namanya didedahkan.

Sudahnya kes itu diambil maklum oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk tindakan lanjut.

Bapa pelajar tersebut mengatakan ingin mengelak dari kesesakan lalu lintas dan menggunakan helikopter sebagai alternnatif menghantar anaknya ke sekolah dan mendarat di kawasan terbuka yang ada orang awam.

Rata-rata warganet yang tengok video ni semua timbulkan pertanyaan ayah budak ni kerja apa sampai sanggup terbangkan helikopter semata-mata mahu hantar anak ke sekolah. Macam-macam komen diterima dari orang ramai yang menghiburkan.