[Video] "Dah Tinggal Sini, Kau Meraba Orang Pulak Eh!" - Sekumpulan Lelaki Warga Asing Meraba Di Pasar Malam

TERKINI
June 21, 2023 - 06:13 PM


Sekumpulan warga asing didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita tempatan di pasar malam kawasan Tambun, Ipoh, Perak pada Selasa.

Menurut urusetia pasar malam tersebut, mereka juga turut membantu dalam tangkapan itu yang sekali gus berjaya menghentikan kelakuan terkutuk berkenaan dan penduduk serta pengunjung di tempat berkenaan menahan mereka untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

@pokjo21 Kes raba melibatkan sekumpulan warga asing terhadap wanita tempatan. Kejadian berlaku di sebuah Pasar Malam sekitar Tambun. Suspek berjaya ditangkap oleh pengunjung dan Urusetia Pasar Malam kemudian disershkan kepada pihak Polis. @Cendawan Loken | Ganggara #wargaasing #kes #pasarmalam #tambun #pokjo #lensapokjo ♬ Suspenso - Criptofonio

Dalam satu rakaman video viral di TikTok memaparkan insiden di mana si pelaku sudah pun ditangkap polis dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Ramai warganet yang geram dengan perangai dan kelakuan warga asing ni yang kian melampau dan mengecam perkara tersebut yang dikatakan bukanlah kejadian pertama kali berlaku di situ. 

"Dah berani nak meraba anak dara tempatan, dulu dorang datang sini nak pandang muka kita pun takut, tapi sekarang makin besar kepala tak sedar diri pendatang" komen starmoon77.

"Bukan kes pertama berlaku di pasar malam, ramai anak gadis yang pernah jadi mangsa tapi semua terpaksa berdiam diri sebab takut, warga asing semakin ditakuti ya sekarang" kata SyuhadaJunaid

Kadang geram dengan dorang ni yang makin lama makin kerap buat onar di negara kita. Tak dinafikan ada juga yang baik dan sering membantu, tapi yang berperangai tak elok ni rasa nak marah aje.

Sumber berita : Majoriti