[VIDEO] Gempar! Viral Kelibat Alien Merayau-Rayau Di Ibu Negara, Siap Naik Tren LRT Wei!

TERKINI
October 19, 2022 - 12:24 PM


Pada Sabtu lepas, orang ramai yang berada di ibu kota Kuala Lumpur digemparkan dengan beberapa kelibat Alien berwarna hijau kelihatan merayau-rayau tanpa arah tujuan.

Kehadiran makhluk asing itu dikesan oleh warga kota sedang berjalan-jalan di sekitar Petaling Street dan kawasan Bukit Bintang seperti mereka sedang mencari sesuatu dan seakan melaksanakan misi yang dibawa dari angkasa lepas.

Melihat Alien-Alien itu yang kebingungan berada dalam kalangan manusia normal -- orang ramai yang melihat mereka juga turut terkejut serta tertanya-tanya dari manakah kesemua Alien itu muncul atau adakah mereka berbahaya kepada keselamatan diri masing-masing.

Menerusi tinjauan di beberapa platform media sosial, nampaknya berita mengenai kelibat Alien hijau itu tidak menunggu lama untuk trending.

Banyak gambar dan video yang telah viral memaparkan Alien-Alien itu dikesan ada di spot-spot fasiliti awam, ada yang berada di dalam kereta -- malah ada juga yang didapati cuba membeli tiket tren sendiri sambil dibantu oleh orang ramai dan menaiki LRT bersama-sama penumpang lainnya! Giler, lah!

Kalau korang tak percaya jom saksikan sendiri video di bawah ini yang merakamkan gerak-geri Alien ketika menaiki tren LRT!

Berdasarkan gerak-geri mereka yang dilihat menaiki tren dari stesen Bukit Bintang hingga ke Imbi mendapati nampaknya Alien tersebut tidak seperti berhasrat untuk menculik atau mencederakan orang ramai, sebaliknya mereka lebih fokus untuk sampai ke destinasi yang ditujui.

Mereka juga langsung tidak bercakap atau mengeluarkan sebarang bunyi untuk berkomunikasi, hanya satu-satunya yang dipegang adalah papan tanda dengan tulisan 'WHAT THE FUYOH'!

Setelah tiba di destinasi yang ditujui, Alien itu akhirnya berjaya menyelesaikan misi 'What The Fuyoh' mereka yang bermaksud nikmati set hidangan lengkap menakjubkan daripada Domino's Pizza dengan harga serendah RM10 seorang dan berkongsi keseronokkannya bersama orang ramai.

Tawaran set murah itu yang boleh dikongsi bersama keluarga dan kawan-kawan pastinya membuatkan orang ramai cukup seronok hingga mengeluarkan kata-kata 'What The...Fuyoh' bagi menggambarkan keterujaan mereka dengan hidangan kegemaran Domino's Pizza.

Tawaran set 'What The Fuyoh' kini boleh didapati menerusi pesanan di aplikasi Domino's Pizza atau laman web www.dominos.com.my 

Terima kasih Alien bagitahu kami tentang tawaran best 'What The Fuyoh' ini dan selamat kembali ke Angkasa Lepas! Hahaha.....

Destination: