[VIDEO] "Hitam, Jangan Sedih Ya. Kita Jumpa Di Syurga Nanti" - Video Lelaki Bersama Lembu Korban Mengalirkan Air Mata Runtun Hati Netizen

TERKINI
June 30, 2023 - 01:12 PM


"Hitam...dah...jangan sedih-sedih...jangan sedih-sedih ya...Insya-Allah kita jumpa dekat sana nanti..". 

Itu kata-kata dilafazkan Shukri Zainal ketika 'memujuk' lembu peliharaannya yang digelar Hitam.

Kisah Shukri yang juga Nazir Masjid Felda Bukit Cherakah, di Kapar, Klang, Selangor dan lembu peliharaannya itu mendapat perhatian netizen selepas dia memuat naik video Hitam mengalirkan air mata.

Perkongsian video dimuat naik semalam itu -- membuatkan segelintir netizen membuat andaian yang Hitam bersedih kerana akan dikorbankan hari ini sempena Aidiladha.

Pada kapsyen video berkenaan, Shukri menyatakan 'Qurbankan apa yang kita sayang' dengan emoji sedih.

Menerusi hantaran berasingan, Shukri turut memuat naik video kenangannya bersama Hitam.

"Qurban yang terbaik adalah qurban apa yang kita sayang. Semoga Allah terima amalan kita," tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memahami perasaan Shukri dan turut meluahkan kesedihan mereka selepas menonton video berkenaan.

"Ya Allah terharu saya bang (abang), walaupun haiwan tetap ada hati dan perasaan. Allahuakbar," tulis pengguna TikTok, Ain Haziq.

"Antara pengorbanan yang terbesar bila belajar mengikhlaskan dan melepaskan yang disayang di jalan Allah. Selamat jalan Tam..," tulis seorang lagi pengguna, Hakak Ninja.

"Allahuakbar.…..sedih tengok sebenarnya. Tapi dia gembira sebab terpilih. Moga ketemu semula ya Tam dengan tuan dekat sana..," tulis pengguna TikTok, Syakeyra.

@shukzainal22 Qurban kan apa yang kita sayang 🥺 #masjidfbc #fyp #aiduladha #nakalbutberakal #nazirmuda ♬ Instrumen Sholawat Sedih - Yuda pratama
Destination: