[VIDEO] "Kembar Vin Diesel" Jual Kunafa Di Bazar Ramadan JB, Semua Terkejut Ingat 'Dom Toretto' Tukar Kerjaya!

TERKINI
April 06, 2023 - 03:52 PM


Peminat Fast And Furious pastinya mengenali watak bernama Dominic Toretto yang dibawa oleh pelakon terkenal Vin Diesel.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok hasil perkongsian @flamjars, memaparkan ‘kembar’ pelakon Amerika tersebut sedang berniaga di bazar Ramadan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Vin Diesel ‘copy ori’ itu mengenakan pakaian berwarna putih dan seluar jeans denim warna biru sambil menjual kunafa, pencuci mulut popular Timur Tengah.

Menerusi video berkenaan, jelas kedengaran @flamjars bersama rakannya tidak dapat menahan ketawa apabila melihat seseorang begitu mirip dengan bintang Hollywood.

Setakat ini, klip berdurasi 14 saat itu memperoleh 3.7 juta tontonan dan lebih 15,000 perkongsian.

@flamjars

bro selling kunafa for family

♬ Bandoleros - Don Omar

Di ruangan komen, ramai netizen dari Malaysia serta luar negara turut terhibur dan meninggalkan komen lucu.

“Dom Toretto pun terjejas dengan kos sara hidup yang tinggi. Kesian sampai terpaksa jual kunafa. Letty takde nampak laa pulak,” komen seorang pengguna.

Komen lain, “Fasting and furious,”. “From F&F to F&B,”

Pada bulan Februari lalu, seorang pengguna Twitter menyiarkan foto seseorang kelihatan mirip Vin Diesel menjual ikan bakar di tepi jalan, berdiri di luar kedai buku dan mengepam petrol di Johor Bahru.

Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada ia adalah orang yang sama di bazar Ramadan.

Sumber: The Star

Destination: