[VIDEO] "Macam Nak Bagi Kucing Makan" - Tindakan Ahli Politik PAS Sedekah Ikan Kepada Penduduk Kampung Dikritik Netizen!

TERKINI
March 27, 2023 - 03:56 PM


Setiap kali tibanya bulan Ramadan tidak dinafikan ramai yang berebut-rebut untuk melakukan sedekah dan amal jariah bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan atas nama ibadah kepada Allah SWT.

Ini kerana menyantuni mereka yang miskin dan kurang berkemampuan juga dijanjikan ganjaran pahala yang besar serta berlipat kali ganda, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia.

Bagaimanapun, adab dalam memberi bantuan juga perlu dijaga dan diteliti agar mereka yang mendapat bantuan tidak berasa terlalu segan atau malu ketika menerimanya.

Namun di media sosial viral sebuah video yang menyaksikan seorang ahli PAS yang dilihat menyerahkan sumbangan ikan segar seperti mahu memberi kucing makan -- tanpa sebarang plastik mahupun lapik yang sedap mata memandang.

Ahli politik yang dipercayai mewakili ADUN Chukai, Terengganu itu dilihat sedang memberikan bantuan barang basah berupa seekor ikan kepada penduduk kawasan sekitar.

Sebelum ini ahli PAS tersebut juga pernah viral gara-gara insiden makan nasi dengan air oren -- yang dilihat seolah-olah mengkritik Menu Rahmah.

Seorang pengguna Twitter, @lagacawan memuat naik video tersebut sambil mengkritik ahli politik tersebut.

“Masa dia makan nasi campur air oren hari tu mesti korang semua rasa dia bodoh maksimum dah.

“Kita silap, rupanya lebai Pas ni tak berhenti setakat itu. Dia terus bodoh malah menghina pula pengundi kawasan dia,” ujarnya.

Netizen pula mengkritik bagaimana ahli politik itu dilihat sebagai tidak beradab walhal beri kucing makan pun lebih elok.

“Sembang pasal melayu, adab hantar makanan ke rumah orang pun gagal. Saya kat Terengganu kalau hantar macam ni kat jiran memang mak bebel sampai malam.

“Malu katanya macam tak ada adab,” komen @ayuni_mohamad.

“Nak bagi kucing makan pun aku bagi dengan pinggan. Apa la nasib orang ganu (Terengganu),” tambah pengguna lain.

 

Destination: