[Video] "Makin Naik Lemak Korang Ni Eh" - Budak Warga Asing Berlagak Samseng Angkat Jari Tengah

VIRAL
June 23, 2023 - 05:39 PM


Korang perasan tak yang warga asing makin lama makin kerap 'buat kepala' sendiri bila dah lama menetap di negara kita. Sejak bila mereka ni dibenarkan memandu kereta atau menunggang motosikal di Malaysia?

Hari ini viral satu video berdurasi 17 saat memaparkan satu keluarga dipercayai etnik Rohingnya menaiki motosikal roda tiga yang dimuat naik di Titktok.

@majoritiofficial

Fuh boleh tahan perangai, siap tunjuk jari lagi! Mengada betul eh #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #wargaasing #kuantan

♬ original sound - Majoriti Official

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Menerusi video tersebut, seramai enam orang ahli keluarga tersebut dilihat menaiki motosikal berkenaan, termasuk seorang bayi yang didukung ibu kepada kanak-kanak itu.

Tak cukup dengan menunggang motosikal secara haram, tindakan kanak-kanak dalam motosikal itu cuba berlagak samseng dengan mengangkat jari tengah kepada si perakam sekaligus membangkitkan kemarahan orang ramai yang melihat video tersebut.

Macam biasalah, jika ada isu begini sudah tentu orang ramai 'panas' melihat gelagat begitu. Selain tak berpuas hati dengan kelakuan budak tersebut yang dianggap biadap, rata-rata warganet menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap golongan itu yang semakin berani menunggang motosikal di negara ini.

"Tengok yang helmet merah bukan main berlagak dia siap tunjuk isyarat jari tengah. Bangsa ini memang berlagak betullah duduk Malaysia" kata Ferus Aziz.

Ramai juga yang menganggap anak itu dibesarkan dengan didikan yang tak senonoh oleh ibu bapa mereka di rumah . 

"Agaknya memang mak ayah dorang buat macam tu. Di tempat aku ni sama juga, anak-anak Rohingya siap tunjuk jari bila kita tengok mereka" komen Romzi Hussain.

Namun setakat ini belum ada sebarang kenyataan media atau tangkapan yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian ini.

Sumber berita dan gambar : Majoriti