[VIDEO] Pasangan 'Daring' Yazmin Aziz Mohon Maaf Keliru Agama Kekasih Kristian Atau Katolik

TERKINI
September 20, 2022 - 05:43 PM


Sebelum ini pasangan yang sedang mabuk asmara iaitu penyanyi yang juga bekas peserta program Big Stage 2022, Yazmin Aziz dan teman lelakinya seorang pemain bola sepak Kelantan, Nixon Guylherme Brizolara pernah bikin viral kerana aksi 'daring' mereka yang tanpa segan silu berpelukan dan berciuman dalam media sosial.

Terbaharu, pasangan ini sekali lagi menjadi bualan panas netizen apabila Yazmin Aziz menyatakan teman lelakinya itu beragama Katolik dan bukannya Kristian seperti yang disangka ramai.

Bagaimanapun jawapan penyanyi berumur 21 tahun ini itu menerima pertikaian warganet di bahagian komen kerana Katolik juga sebahagian daripada agama Kristian.

Tampil menjernihkan kekeliruan berhubung agama kekasihnya, Yazmin mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah video di TikTok.

Menurut pemilik nama Yazmin Aldwin Abdul Aziz ini kenyataannya sebelum ini itu dikeluarkan berdasarkan rujukan daripada orang Filipina dan dia juga akui dirinya tidak mahir soal agama.

@yazminaziz Tak marah kalau kena tegur. Hanya penjelasan ❤️ #fyp #tiktokmy ♬ original sound - Yazmin Aziz

"Terima kasih kepada sesiapa yang tolong jelaskan mengenai isu Kristian dan Katolik. Sejujurnya saya sangat menghargai.

Saya ini bukan pandai sangat agama pun. Sebab itu, saya lebih memilih untuk tidak bercakap tentang perkara itu.

Kalau anda nak tahu, rujukan saya ketika buat video itu adalah orang Filipina. Dekat sana, kalau anda roman Katolik, mereka akan tulis agama sebagai Katolik dalam surat beranak.

Sebagai contoh, kalau anda penganut Kristian, dalam surat beranak akan tulis Kristian."

Dalam pada itu, pelakon telemovie komedi, Bunga Dan Kayu ini memohon maaf atas kesilapan dan kekeliruan yang timbul.

Terdahulu, Yazmin bertindak memadam video mengenai agama teman lelaki selepas rata-rata netizen membetulkan fakta.

Sumber: TikTok @yazminaziz & Oh Bulan

Destination: