[VIDEO] "Rasanya Inilah Satu-Satunya Mesin ATM Yang Dirasmikan Di Dunia" : MP Besut Rasmi Mesin ATM Di Pam Minyak Jadi Bahan Lawak!

TERKINI
April 10, 2023 - 01:43 PM


Rakaman acara perasmian di sebuah stesen minyak di pantai timur menjadi perbincangan hangat di media sosial baru-baru ini.

Mana tidaknya, acara yang diadakan dengan penuh gah itu rupa-rupanya hanya melibatkan perasmian satu mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Menerusi satu hantaran tular di laman TikTok, acara itu dirasmikan oleh pemimpin PAS, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Difahamkan, mesin ATM yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Besut itu terletak di sebuah stesen minyak di Hulu Besut, Terengganu.

Menerusi beberapa perkongsian yang ditularkan, terlihat Che Mohamad bergambar di hadapan mesin ATM yang diikat reben itu.

“YB PAS Adun Besut rasmi mesin ATM siap potong reben,” tulis kapsyen video yang berjaya menarik perhatian netizen itu.

@abdulranikulupfans Mesin ATM dalam pam minyak pon nak potong reben 🤣 #pnbest👍👍👍 #foryou #foryoupage ♬ Ngopi Maszeh - Happy Asmara

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat bahawa perkongsian itu berjaya mengundang tawa dan turut berkongsi komen yang mencuit hati.

“Aku rasa inilah satu-satunya mesin ATM yg diiktiraf di seluruh dunia. Sebab dah dirasmikan,” seloroh seorang pengguna.

“Seriuslah, mesin ATM pon rasmi potong reben. Kita di zaman bila ni weh.” Komen pengguna lain yang terpinga-pinga dengan tindakan pemimpin itu.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: