[VIDEO] Remuk Hati Bapa, Tengok Anak Dara Sendiri Berkhalwat Di Bilik Hotel!
TERKINISebuah video tular memaparkan seorang ayah menemui anak perempuannya sedang berdua-duaan bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel mengundang rasa sedih dan marah warga maya baru-baru ini.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di salah sebuah daerah di Indonesia.
Dalam rakaman video tersebut, bapa kepada gadis itu pada mulanya dilihat menyerbu bilik hotel berkenaan dan terkejut melihatnya bersama teman lelaki.
Menerusi video sama yang dimuat naik di halaman Twitter @Androngehe, ayah kepada gadis tersebut dilihat begitu kecewa dan marah dengan tindakan anaknya yang masih remaja.
Gua ikut patah hati saat denger bapaknya bilang, “Bapak itu sayang sama kamu, kamu malah berbuat begini di hotel” 😥 pic.twitter.com/l6xXzu2vS2
— Hati2DiYoutube (@Androngehe) October 24, 2022
"Ayah sayang dan jaga kamu tapi sampai hati kamu melakukan perkara seperti ini di hotel.
"Apa yang kurang? Ayah usahakan untuk kamu, sekolah semua ayah uruskan tetapi kamu seperti ini di hotel.
"Masya-ALLAH, ayah suruh kamu solat tapi ini yang kamu lakukan," luahnya yang terus tertunduk malu.
Pada masa sama, lelaki itu turut meminta orang yang datang bersamanya untuk merampas dan membuang telefon bimbit milik anaknya.
Sementara itu, teman lelaki gadis tersebut kelihatan hanya berdiri di penjuru bilik hotel berkenaan.
Video berdurasi kurang seminit itu telah mendapat lebih 600 ribu tontonan setakat ini.
Sumber: Agensi