Wow! Mat Kilau Kutip RM12 Juta Setelah 4 Hari Tayangan!

TERKINI
June 27, 2022 - 12:08 PM


GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat kutipan RM12.2 juta pada hari keempat tayangan

Sementara itu, pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menganggap kutipan yang dicapai setakat ini adalah luar biasa.

"Melihat kepada senario untuk filem Mat Kilau, kebanyakan ulasan daripada masyarakat yang belum dan sudah menonton mereka memberikan komen dan maklum balas yang sangat positif. Saya sangat bersyukur sebagai penulis filem ini juga kerana mereka menerima baik naskhah epik yang mengangkat tokoh Melayu kita iaitu Allahyarham Mat Kilau.

"Jadi ini satu usaha bersama bukan saja saya sebagai pengarah, pelakon, pasukan dan penerbit, tapi juga disokong kuat oleh penonton Malaysia sendiri. Jadi kita sama-sama harus berbangga dengan kejayaan ini dengan kutipan pada saya luar biasa.

 

"Jadi kalau mengikut komen dan buah mulut orang, insya-Allah kutipan filem ini akan terus bertambah," 

Tidak hanya dalam kalangan peminat, filem Mat Kilau turut mendapat pujian penggiat filem tanah air seperti Datuk Afdlin Shauki.

Filem terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As'ari dan ramai lagi.

Destination: