5 Tips Wajib Diketahui Sebelum Berhiking !!

GAYA HIDUP
October 01, 2021 - 04:12 PM


Setelah kerajaan mengumumkan pelan pemulihan negara SOP fasa 2, aktiviti sukan yang tidak memerlukan sentuhan fizikal dibenarkan kepada semua rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi. Oleh itu, ramai orang mengambil peluang ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan berhiking. Artikel kali ini, kami akan kongsikan lima tips yang wajib diketahui sebelum anda berhiking.

5 TIPS BERGUNA SEBELUM KORANG HIKING:

1) PEMILIHAN LOKASI

Anda mestilah bijak dalam menentukan lokasi dan tahap pendakian tempat yang ingin dituju. Ini kerana anda perlulah memastikan tempat tersebut tidak melebihi kemampuan anda agar perkara yang tidak diingini berlaku. Setiap individu mempunyai tahap kemampuan yang berbeza maka tidak perlu untuk anda memaksa diri jika anda tidak mampu. Jika anda merupakan seorang beginner, anda boleh memulakan dengan hiking di kawasan yang tidak begitu mencabar dan di tempat yang mudah difahami.

2) HIKING DALAM BERKUMPULAN

Hiking bukanlah aktiviti yang dilakukan secara individu sebaliknya ia dilakukan dalam berkumpulan. Aktiviti hiking melatih kita untuk bekerjasama dalam berkumpulan kerana kita tentu tidak mahu meninggalkan rakan kita di tengah perjalanan dan bekerjasama sehingga ke puncak. Ianya juga lebih baik jika ada dari kumpulan tersebut yang berpengalaman atau pernah mendaki di kawasan tersebut.

3) FIZIKAL DAN MENTAL DALAM KEADAAN SIHAT

Tips Ketiga, keadaan tubuh badan perlulah dalam keadaan yang sihat dari segi mental dan fizikal sebelum anda mendaki gunung. Ia bagi memastikan keseimbangan, fleksibiliti, kekuatan di kaki dan otot belakang kerana hiking merupakan aktiviti yang lasak dan memerlukan tenaga yang banyak. Ia akan menyukarkan anda dan rakan sekeliling jika sebarang kejadian buruk berlaku semasa anda berhiking maka sebaiknya anda mengenal pasti tahap kesihatan tubuh banda anda terlebih dahulu.

4) MENYEMAK RAMALAN CUACA

Setelah memilih tempat destinasi untuk di hiking, anda perlulah menyemak cuaca di kawasan tersebut bagi mengelakkan anda datang pada waktu yang salah. Ini bagi memastikan anda hiking pada waktu yang sesuai dan selamat dari perkara yang tidak diingini berlaku. Anda boleh menyemak ramalan cuaca di aplikasi yang tersedia di dalam telefon pintar anda.

5) TIDAK MEMBAWA BARANG BUKAN KEPERLUAN

Anda perlulah bijak dalam memilih barang untuk dibawak semasa melakukan aktiviti hiking. Ini kesalahan yang sering dilakukan oleh para beginner kerana menganggap hiking itu mudah sebaliknya ia menambah beban kepada mereka. Barang-barang yang sesuai dibawa adalah seperti peta, kompas, lampu suluh, pemetik api dan kit pertolongan cemas. Selebihnya ia bergantung kepada kehendak anda kerana anda tentulah mahu berhiking dalam keadaan yang selesa.

Destination: