Penderma Antarabangsa Bantu Pasangan Hina Islam Kumpul Wang Ikat Jamin RM40000

GAYA HIDUP
July 18, 2022 - 05:06 PM


Lelakidan wanita yang sedang berdepan dakwaan menghina Islam ketika melakukan persembahan stand up komedi dijangka mampu melunaskan wang ikat yang dikenakan terhadap esok, hasil dari 'crowdfunding'.

Peguam belanya, R Sivaraj, berkata setakat pagi ini, sebanyak RM15,000 berjaya dikumpul dan yakin jumlah itu akan mencapai sehingga RM20,000 yang diperlukan.

"Ramai yang memberi sumbangan dan ada yang menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramira Abdullah," katanya seperti dilaporkan oleh portal dalam talian, FMT.

Katanya, pasukannya juga telah dihubungi oleh penderma dari seluruh dunia yang berminat untuk membuat sumbangan terhadap perjuangan Siti Nuramira di sisi undang-undang.

Jumaat lalu, Sivaraj mengumumkan bahawa kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) akan membantu Siti Nuramira dan pasangannya, Alexander Navin Vijayachandran, untuk mengumpul dana yang diperlukan untuk jaminan mereka melalui sumbangan dana awam menggunakan akaun bank LFL.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali, membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin dan turut memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes itu.

Pada hari yang sama, Navin, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Bagi pertuduhan pertama, Navin didakwa berkongsi di akaun Instagramnya pada 5 Jun dengan niat untuk menghina orang lain.

Manakala pertuduhan kedua, dia didakwa berkongsi kandungan melalui akaun YouTubenya pada 16 Jun dengan niat untuk menghina orang lain..

Destination: