Sebelum Travel, Jom Kenali Jenis 'International Plug' Mengikut Negara

July 20, 2020 - 12:05 PM


Setiap kali pergi melancong, barangan paling penting dan ibarat 'nyawa' buat kita tentunya Smart Phone, Laptop, Power Bank dan juga kamera DSLR untuk mereka yang gemar bergambar, betul tak?

Tapi untuk pastikan 'nyawa-nyawa' kita itu kekal hidup dan boleh berfungi, pastinya ia perlu sentiasa dicas lebih-lebih lagi bila kita kerap menggunakannya ketika berjalan-jalan meneroka negara orang.

Bagi yang memang kaki travel, mesti anda dah familiar dengan jenis plag mengikut kategori negara-negara tertentu.

Tapi bagi yang jarang melancong ke luar negara dan baru berjinak-jinak untuk menjadi kaki travel, jom kenali jenis-jenis 'International Plug' mengikut negara di seluruh dunia.

Terdapat 15 jenis plag yang digunakan pada berlainan negara iaitu:

Jenis A

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 100-125V
  • Contoh Negara : Amerika Utara (Canada, United States, Mexico) dan Japan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis A

Jenis B

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 100-125V
  • Contoh Negara : Amerika Utara (Canada, United States, Mexico) dan Japan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis A dan B

Jenis C

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Eropah termasuk Ireland, United Kingdom dan Asia
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C

Jenis D

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : India, Sri Lanka, Nepal Dan Namibia
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis D

Jenis E

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : France, Belgium, Poland, Slovakia dan Czech Republik
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C, E dan F

Jenis F

  • Bilangan Pin : 2 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Eropah dan Rusia
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C, E dan F

Jenis G

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 230-240V
  • Contoh Negara : United Kingdom, Ireland, Malta, Malaysia dan Singapore
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis G

 Jenis H

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Palestine
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan H

Jenis I

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 240-250V
  • Contoh Negara : Australia, New Zealand, China dan Argentina
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis I

Jenis J

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Switzerland
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan J

Jenis K

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Denmark dan Greenland
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan K

Jenis L

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Italy dan Chile
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan L

Jenis M

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Afrika Selatan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis M

Jenis N

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Brazil dan Afrika Selatan
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan N

Jenis O

  • Bilangan Pin : 3 PIN
  • Kadar Kuasa (V) : 250V
  • Contoh Negara : Thailand
  • Tambahan : Sesuai untuk plag jenis C dan O

Anda juga boleh melihat jenis plag pada laman web:

https://www.skyscanner.net/news/international-travel-plug-adapter-guide

Bila kita dah kenal jenis-jenis plag yang ada, bolehlah kita mencari di kedai-kedai berdekatan jenis plag yang sesuai mengikut negara.

Lebih mudah juga untuk kita beli Universal Adapter di mana-mana kedai elektronik dan secara Online.