Bermaksud Mengagungkan, Ini Dia 10 Peristiwa Menarik Yang Berlaku Dalam Bulan Rejab & 10 Amalan Yang Boleh Dilakukan
ISLAMIKDalam kalender Hijrah ada satu bulan yang dipanggil sebagai bulan Rejab dimana ia merupakan bulan ketujuh dan datangnya selepas bulan Jamadilakhir.
Menurut Imam Ibnu Rajab al-Hanbali, Rejab bermaksud ‘agung’ (Lata’if al-Ma’arif, 117). Oleh itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Menurut pendapat dari para ulama, Rejab dan tiga lagi bulan iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharam adalah empat bulan suci dalam Islam.
Oleh itu, dalam bulan-bulan ini kita diharamkan untuk berperang dan berbunuhan sesame sendiri.
Bagi yang tidak tahu, banyak sebenarnya peristiwa yang menjadi sejarah kepada agama Islam ini berlaku pada di bulan Rejab. Antara 10 peristiwa penting yang berlaku dalam Rejab adalah:
- Berlakunya peristiwa israk dan mikraj
- Turunnya perintah Allah berpindah kiblat ke arah Masjidil Haram
- Berlakunya Perang Tabuk
- Hijrah pertama ke Habsyah
- Pembebasan Baitul Maqdis
- Kelahiran Imam Syafie
- Penghapusan Sistem Khilafah
- Kelahiran Ali ibn Abi Talib
- Perjanjian Aqabah Kedua
- Kemenangan tentera Islam dalam Perang Khaibar
Tiada sesuatu amalan atau ibadah yang dikhususkan untuk bulan ini, namun memandangkan bulan Rejab ini dipanggil bulan yang mulia, banyak amalan yang boleh kita lakukan, antaranya adalah:
- Menghidupkan Qiamullail
- Berpuasa sunat
- Memperbanyakkan membaca Al-Quran
- Membaca sayyidul istighfar
- Memperbanyakkan bersedekah
- Memperbanyakkan berzikir
- Memperbanyakkan solat-solat sunat
- Memperbanyakkan berselawat
- Melakukan kerja-kerja kebajikan
- Berdoa pada malam 1 Rejab
Semoga kita semua dapat menjadi lebih baik dalam bulan yang mulia ini.
Sumber: Bidadari.my