"Dah 2024 Pun Masih Ada Yang Main Syirik" - Individu Buat Konten Santau Orang Undang Kecaman Netizen
ISLAMIKSebagai orang Islam, kita diajar untuk tidak berharap dan meminta bantuan kepada perkara lain selain Allah SWT. Perbuatan meminta pertolongan kepada perkara lain seperti perkara Ghaib merupakan perbuatan syirik dan ia merupakan antara dosa yang besar.
Walaupun begitu, masih ada juga umat Islam yang melakukan perkara syirik, iaitu meminta bantuan dari jin dan syaitan demi kepentingan diri sendiri.
Baru-baru ini, sebuah akaun di TikTok telah menarik perhatian ramai apabila memaparkan konten-konten yang memaparkan perbuatan syirik.
Lebih mengejutkan, pemilik akaun tersebut siap memaparkan cara dia 'menyantau' atau melakukan perbuatkan keji berkenaan.
Hal tersebut telah meraih perhatian ramai yang terkejut kerana individu tersebut terbuka menunjukkan perbuatan berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan tersebut selain menyatakan perlu berhati-hati memuat naik gambar di media sosial agar gambar tersebut tidak disalah guna.
@gurumudaoficial Pelet extrime mengembalikan pasangan yg sudah pergih agar bersatu kembali #capcut #fyp #fypシ゚viral #fypシ #penyelarasan #beutiful #trawanganindigo #pengobatantradisional #indonesia #totoksaraf #khodampendamping #fypシ゚viral #viraltiktok #indonesia #peletwanita #pelet #viraltiktok #viralvideo #viral #fyppppppppppppppppppppppp #cekkhodam #tegar #khodammacanputih #gurumuda #fypdongggggggg #pemikatserinditkedah #trawangangratis #virall #populer #dunia ♬ suara asli - Guru muda
Sumber: TikTok