"Ditegur Tetap Tak Berubah" - Pensyarah Dakwa ‘Ustaz Selebriti’ Kerap Merepek & Baca Hadis Palsu

ISLAMIK
May 27, 2024 - 02:56 PM


Baru-baru ini kecoh di media sosial  apabila seorang ahli akademik, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin yang merupakan pensyarah kanan, Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mendakwa seorang ustaz selebriti menyebarkan dakyah yang bertentangan dengan Islam.

Menerusi tulisan di Facebook (FB), Abu Hafiz meminta semua pihak agar sedar dengan perbuatan ustaz selebriti tersebut yang didakwa banyak menyebarkan cerita dan hadis palsu. 

Bukan itu sahaja, Abu Hafiz juga menyatakan bahawa ustaz selebriti tersebut tidak berubah meskipun pernah diberi teguran.

“Media dan orang awam perlu sedar bahawa Ustaz Selebriti itu sangat kerap merepek dan membaca hadis palsu.

“Bukan sahaja riwayat cinta pertama Nabi SAW. Bahkan berulang kali bawa cerita palsu telaga boleh bercakap dengan ahli neraka.

“Ditegur tetap tak berubah,” dakwa Abu Hafiz. 

Melihat ke ruangan komen, ramai warga maya yang memohon pihak berwajib menyekat dan mengharamkan ustaz selebriti tersebut dari keluar di mana-mana program. 

 

Sumber: Facebook

Destination: