Diumumkan Pada 10 Mac, Ini Dia Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadan 2024 Di Seluruh Malaysia
ISLAMIKTarikh untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini telah disahkan pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.
Perkara itu diumumkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang memaklumkan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Katanya, tarikh permulaan puasa pada malam itu akan diumumkan melalui radio dan televisyen.
Ini adalah senarai lokasi yang telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan di seluruh Malaysia:
1. Johor:
Pontian Kecil
Melaka:
Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Kampung Balik Batu
Tanjung Bidara
Negeri Sembilan:
Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang
Port Dickson
Selangor / KL / Putrajaya:
Menara Kuala Lumpur
Bukit Melawati
Bukit Jugra
Banting
Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Perak:
Pantai Pasir Panjang
Mukim Pengkalan Baru di Manjung
Pulau Pinang:
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Kedah:
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah,Pulau Langkawi
Menara Alor Setar.
Terengganu:
Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Bukit Geliga, Kemaman.
Pulau Perhentian, Besut;
Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA),
Mukim Merang, Setiu
Kelantan:
Bukit Peraksi, Pasir Puteh;
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai;
Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu
Sarawak:
Pusat Falak Miri;
Teluk Bandung, Kuching;
Tanjung Batu, Bintulu
Sabah:
Balai Cerap Al-Biruni,
Tanjung Dumpil, Putatan
Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Pahang:
Bukit Tanjong Batu, Nenasi;
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Menara Kuantan 188.
Perlis:
Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
Sumber: BM Syok