"Trend Menari Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Boleh Jatuh Hukum Haram" - Mufti Terengganu

ISLAMIK
April 17, 2024 - 03:46 PM


Siapa yang tidak tahu akan Lagu 'Alamak Raya Lagi' nyanyian kumpulan De Fam? Boleh dikatakan ramai yang tahu lagu tersebut. Dilancarkan ketika awal bulan Mac, lagu tersebut kini sedang 'mendunia' apabila ramai yang melakukan 'trend' tarian di platform media sosial seperti TikTok.

Ditambah dengan sambutan Syawal, semakin ramai yang melakukan 'dance challenge' lagu tersebut sehingga ia viral ke negara luar seperti Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Jepun.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Miss Mynah (@missmynah)

Terbaru, Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata, aksi dan gaya tarian menggunakan lagu ‘Alamak Raya Lagi’ yang menjadi trend masa kini boleh membawa kepada hukum haram.

Menurut beliau, trend tersebut boleh menjadi hukum haram sekiranya si pelaku mendedahkan aurat. Beliau juga berkata bahawa trend melenggokkkan bentuk badan yang dilakukan wanita beragama Islam perlu dielakkan kerana ia dilihat menjatuhkan maruah mereka selain mencemarkan keharmonian perayaan Aidilfitri.

Dalam masa yang sama, beliau meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir masyarakat kita yang mudah terikut-ikut dengan trend semasa tanpa memikirkan positif atau negatif trend itu. 

Beliau menyeru umat Islam supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Jika tidak, ia dibimbangi akan menjerumuskan diri kepada fitnah yang mencemarkan agama Islam itu sendiri.

"Sepatutnya perbuatan tersebut dielakkan kerana boleh menonjolkan aurat yang boleh membawa kepada haram. 

"Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan kepada masyarakat supaya jangan mudah terikut-ikut dengan budaya baharu," katanya.

 

Sumber: Sinar Harian

Destination: