Wanita Datang Bulan Dibenarkan Ke Masjid Kejar Keberkatan Aidilfitri
ISLAMIKApril 08, 2024 - 02:53 PM
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa kaum wanita yang sedang datang bulan masih dibenarkan ke masjid pada Hari Raya Aidilfitri.
@shahidatulainn Wahhh maka nya rebut la kelebihan dan keberkatan nya nanti dipagi raya yer..in shaa Allah ♡♡♡ #solatharirayaaidilfitri #solathariraya #ustazazharidrus #kelebihan #solatraya #hariraya ♬ bunyi asal - FitriHafifis
Katanya, golongan wanita sangatlah dituntut untuk hadir bagi mendapatkan keberkatan solat hari raya itu.
“Kata ulamak, solat hari raya mempunyai kelebihan buat kaum wanita berbanding solat lima waktu dan solat Jumaat.
“Kalau solat Jumaat, orang perempuan tak disuruh atau digalakkan pun untuk datang ke masjid tapi solat hari raya mereka digalakkan hadir ke masjid dan hukum untuk mereka sunat raya adalah sunat.
“Itu yang hebatnya solat hari raya ini, sampaikan orang perempuan yang dalam haid pun disuruh untuk pergi juga,” katanya dalam satu video tular di TikTok.
Destination: