Tular Dakwaan Baju Raya Brick Orange Haram Dipakai, Ini Penjelasan PU Salman

ISLAMIK
March 21, 2024 - 01:19 PM


Setiap kali menjelang Aidilfitri, sudah pasti ada beberapa warna yang dikatakan menjadi pilihan hangat di kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun ini, ramai yang berpendapat warna 'brick orange' bakal menjadi pilihan majoriti untuk baju raya!

Namun, baru-baru ini tular satu posting yang menarik perhatian orang ramai khusunya muslimin dan muslimat.

Berdasarkan posting tersebut, seorang wanita mendakwa mereka yang memakai busana berwarna brick orange bertentangan dengan ajaran islam. Susulan dari posting tersebut ramai yang terkejut dengan perkongsian itu.

Tidak menunggu lama, PU Salman memuatnaik dan mengulas isu memakai baju berwarna brick orange sempena Hari Raya nanti.

HUKUM PAKAI BRICK ORANGE ATAU JINGGA

BOLEH PAKAI WARNA APA SAHAJA

Imam Nawawi menyebut:

يجوز لبس الثوب الأبيض والأحمر والأصفر والأخضر والمخطط وغيرها من ألوان الثياب ، ولا خلاف في هذا ، ولا كراهة في شيء منه

Harus pakai baju warna putih, merah, kuning, hijau , berbelang2 dan warna apa Sahaja. Tiada khilaf dan tiada makruh. (majmuk)

PANDANGAN ULAMA MAZHAB SYAFIE TENTANG KAIN YANG DICELUP DGN SAFRON ATAU SAFFFOLWER

Mazhab Syafie dan Hambali kata haram utk lelaki sahaja

Nabi saw bersabda:

نَهَى رَسُولُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ – أَن يَتَزَعفَرَ الرَّجُلُ

Baginda Nabi saw melarang lelaki memakai baju yg dicelup dgn saffron.

Hadis Bukhari Muslim

Imam Ibnu Hajar berkata:

ويجوز لبس الثوب المصبوغ بأي لون كان إلا المزعفر ....وكذا المعصفر

HARUS PAKAI WARNA APA SAHAJA KECUALI KAIN YANG DIWARNAKAN DENGAN SAFRON DAN SAFFLOWER

Dlm hadis:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ – نَهَى عَن لُبسِ المُعَصفَرِ

Baginda Nabi SAW melarang memakai pakaian dari kain yg dicelup safflower.

Larangan ini utk lelaki Sahaja. Perempuan boleh pakai kain yg dicelup dgn saffron dan saffflower

KESIMPULAN

Warna apa Sahaja boleh pakai termasuk jingga(brick orange) kecuali haram bagi lelaki utk pakai kain yg dicelup dgn saffron atau safflower. Warna yg ada sekarang guna pewarna tiruan bukan pakai saffron atau saffflower , jadi tiada masalah.

Destination: