UAI Beri Penjelasan Isu Asingkan Kubur Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Dari Kubur Lain
ISLAMIKBaru-baru ini, kecoh di media sosial apabila kebanyakan orang mempersoal mengapa jenazah suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor dikebumikan jauh daripada kubur yang lain.
Menurut Fatwa Negeri Johor, keputusan yang dibuat selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad menyatakan tujuan menjarakkan kubur suspek itu adalah untuk memberi peringatan kepada masyarakat agar tidak melakukan atau terbabit dengan mana-mana aktiviti yang dilakukan oleh suspek.
Selain itu, pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga turut memberi penjelasan selepas ditanya tentang pengasingan kubur dalam salah satu ceramahnya.
Menurut UAI, perkara tersebut (pengasingan kubur) perlu dilihat kepada ijtihad mengenai tujuan ia dilakukan.
“Kita perlu lihat pada istijhad, apa tujuannya. Jika ada maslahah pada fatwa, maka fatwa tersebut adalah sah.
“Kalau sudah belajar agama, semua perkara ini tidak pelik. Saya sendiri tidak pelik. Semuanya berlandakan ijtihad," katanya.
Bagaimanapun, UAI berkata perkara itu tidak boleh dilakukan sekiranya dengan niat hanya untuk mengaibkan jenazah semata-mata.
Menurutnya lagi, Nabi Muhammad SAW juga tidak ingin menyolatkan jenazah yang mempunyai hutang, namun membenarkan sahabat-sahabat lain untuk menyembahyangkan mayat itu.
“Sebelum Rasulullah SAW hendak solat jenazah, nabi akan tanya dahulu sama ada orang tersebut berhutang atau tidak.
“Jika ada, nabi enggan sembahyangkan jenazah tersebut. Walaupun begitu, nabi benarkan para sahabat solatkan.
“Kerana apa? Supaya orang-orang yang masih hidup rasa insaf jangan buat perangai macam jenazah ini,” ujar UAI.
@nfieyra Tanam jenazah jauh pada orang lain #ustazazharidrus #ustazazharidrus💯 #ceramah #ceramahagama ♬ bunyi asal - nfieyra|ceramah harian
Sumber: TikTok