Wow! Siapa Sangka Rupanya Ada Kereta Api Mewah Klasik "Hogwarts" Lalu Malaysia Untuk Makan Angin
TRAVELPernah tak korang pasang impian nak bercuti keliling beberapa negara dengan pasangan atau orang tersayang dengan menaiki kereta api mewah yang klasik ala-ala filem Hollywood lama? Mesti seronok, kan feel dia...
Dan korang tahu tak sebenarnya perkhidmatan kereta api klasik mewah sebegitu sememangnya ada beroperasi di Asia Tenggara ni dan bestnya ia juga melalui negara kita tau!
Nak tahu apa nama kereta api tersebut dan keistimewaannya, jom kita ikuti thread di Twitter pemilik akaun Akram Haruka ini.
Korang tahu tak ada train yang direct dari Singapore terus ke Bangkok, Thailand melalui Kuala Lumpur? Ya ada namanya Eastern & Oriental Express dengan perjalanan 3 hari 2 malam di dalam train. Tapi train ni hanya mempunya kekerapan 2-4 kali sebulan sahaja š [Thread] pic.twitter.com/dsqRXVNO4S
ā Akram Haruka (@Akram_Haruka1) April 22, 2020
TREN EASTERN & ORIENTAL EXPRESS
Korang tahu tak ada train yang direct dari Singapore terus ke Bangkok, Thailand melalui Kuala Lumpur?
Ya, ada namanya EASTERN & ORIENTAL EXPRESS dengan perjalanan 3 hari 2 malam di dalam tren. Tapi tren ni hanya mempunya kekerapan 2-4 kali sebulan sahaja.
Tren ini fully air-conditioned dgn facility 5 bintang! Tren ini adalah tempat larangan merokok kecuali boleh ke gerabak open air di gerabak belakang train.
Jangan terkejut harga tiket boleh mencapai RM34,320 ($7800) seorang sehala perjalanan tau! Tapi kenapa mahal sangat?
JENIS- JENIS BILIK
Jom kita tengok jenis cabin sleeper yang kita boleh pilih.
1) Pertama adalah cabin āPullmansā dimana ia adalah kabin sebilik dan mempunya katil bunk bed dan juga mempunyai bilik air! Harga tiket seorang $3600 atau RM15480.
Jika anda mahu lebih privasi untuk Solo traveller, anda boleh ambik bilik seorang untuk cabin āPullmanā dengan harga $5600 atau RM 24,640 seorang.
2) Pilihan cabin kedua pulak ialah cabin āStateroomsā di mana saiznya ialah 2 kali ganda saiz cabin āPullmanā termasuk 2 single beds dan ruang rehat bersofa serta meja makan. Harga tiket seorang ialah $5100 atau RM22,400.
3) Pilihan ketiga pula ialah cabin āPresidential Suiteā. Cabin ini cuma ada dua di dalam train, Saiznya lebih besar sedikit berbanding cabin āStateroomsā juga mempunya tempat rehat bersofa dan meja menghadap tingkap! Harga seorang di cabin ini ialah $7800 atau RM 34320.
Kesemua bilik itu ada bilik berdua(sharing).
Tapi apa lagi istimewa sangat sampai harga mahal gila ni?
KEMUDAHAN ISTIMEWA LAIN
- Harga tersebut adalah TERMASUK makan di dalam tren!
The Eastern & Oriental Express mempunyai 3 gerabak dining-cars, mempunya 1 meja makan berdua untuk lunch pada 12.00pm/2.00pm atau dinner pada 6.00pm/9.00pm.
Anda boleh book meja makan anda sendiri bila book ticket train ni tau! Makanan sahaja termasuk dalam harga tiket. Tetapi minuman lain seperti wine, anda perlu membayar $40 sebotol wine!
Yang uniknya hanya matawang US DOLLAR digunakan sepanjang perjalanan,Credit Card juga diterima.
- Jenis gerabak terdapat di train ini, Gerabak āThe observationā atau gerabak pemandangan, di mana gerabak ini ialah open air dan anda boleh lihat pemandangan dan menghirup udara luar, Steward train juga akan menyediakan kopi untuk anda juga jika diminta.
- Gerabak lain ialah āObservation car loungeā ialah bertemakan minum petang dimana anda boleh berehat disini dan menikmati kopi secara percuma.
- Gerabak āSaloon car with reading room & boutiqueā pula mempunyai small private dining, dan kedai cenderamata Eastern & Oriental Express, meja bacaan dan perpustakaan kecil di dalam gerabak tersebut.
JADUAL PERJALANAN
Jadual pulak macam mana? Okay untuk tahun 2020, jadual dia hanya seperti di bawah :
1) Singapore to Bangkok (3 days, 2 nights): 2020: 18, 30 January; 8, 17, 26 February; 6, 15, 26 March; 3, 23 April; 6, 14, 29 September; 23 October; 1, 10, 20, 29 November; 20, 29 December.
2) Southbound departures from Bangkok to Singapore (4 days, 3 nights): 2020: 3, 12, 25 January; 12, 21 February; 1, 10, 21, 29 March; 7, 27 April; 9, 20 September; 5, 18, 27 October; 5, 15, 24 November; 5, 24 December.
Tour pon include sekali tau!!
1) Northbound timetable: Singapore Woodlands Checkpoint depart 15:00 day 1, Kuala Lumpur historic station 01:00, Kuala Kangsar 08:00-10:15 day 2, River Kwai Bridge arrive 10:45 day 3, Kanchanaburi depart 12:00 day 3, Bangkok arrive 16:15 on day 3.
2) Southbound timetable: Bangkok depart 17:50 on day 1, River Kwae Bridge arrive 08:30 day 2, Kanchanaburi depart 11:00 day 2, Kuala Kangsar 13:45-16:20 day 3, Kuala Lumpur 22:30-00:15 day 3/4, Singapore Woodlands Checkpoint arrive 10:30 on day 4.
Sumber: Twitter Akram Haruka
Artikel berkaitan : Jom Rasai Pengalaman Menginap Di āHotel Bergerakā 5 Bintang!