10 Lokasi Penggambaran Hotel Del Luna Yang Boleh Anda Lawati Di Korea

TRAVEL
November 08, 2019 - 01:33 PM


Salah satu cerita Korea yang menjadi perbualan ramai tahun ini, Hotel Del Luna baru masuk Netflix dan dari segi rekod, semasa ditayangkan di TVN Korea, rating setiap episode sangat meletop.

Membariskan pelakon seperti IU, Yeo Jin Goo, Kang Mina dan ramai lagi, cerita ini berkisahkan tentang dua watak utama iaitu Jang Man-wol yang dilakonkan oleh IU yang merupakan CEO atau pemilik Hotel Del Luna yang ‘tersangkut’ di dunia selama 1000 tahun dan Gu Chan-seong (Yeo Jin Goo) yang merupakan pengurus baru Hotel Del Luna.

Kalau nak dirumuskan, Hotel Del Luna ni adalah hotel untuk hantu atau roh yang tak tenang semasa mati.

Apa yang menjadikan drama ini diperkatakan adalah ‘wardrobe’ Man-wol yang sangat fashionable dan juga latar tempat dalam k-drama ini.

Selepas viral di Malaysia, ada juga beberapa orang yang cakap mereka ‘menemui’ Hotel Del Luna yang sebenar. Hakikatnya, kebanyakan lokasi dalam K-drama berkenaan disunting menggunakan teknik CGI dan ada lokasi sebenar yang digunakan tetapi ia bukannya hotel!

Jika anda tak boleh move-on lagi, cubalah cari lokasi penggambaran k-drama ini di Korea :

#1. Hotel SEINE

Walapun namanya Hotel, tetapi tempat ini sebenarnya bukan hotel. Pelik kan? Hotel SEINE ini merupakan sebuah kafe yang berada di Ikseon-dong, sebuah kawasan di Seoul. Ia sudah beroperasi sejak 2018.

Dibina setinggi 6 tingkat, termasuk lounge di rooftop dan sebuah butik di bahagian bawah kedai, kafe yang menggunakan tema hotel ini kelihatan biasa dari luar, tetapi dalamannya mendapat sentuhan vintaj.

Kafe ini sebenarnya menyerupai Hotel Grand Budapest dan bahagian dalamannya sangat insta-worthy.

Jadi; dimana kafe ini dalam Hotel Del Luna? Kafe ini digunakan dalam beberapa babak terutamanya dalaman Hotel Del Luna, pejabat Man-weol sendoro dan banyak lagi.

Alamat : 28-5 Donhwamun-ro 11 -gil, Kajwon-dong, Jongno-gu, Seoul.

Waktu Operasi : Isnin – Ahad (12 tengah hari – 12 malam)

 

#2. Seoul Book Bogo

Kompleks buku yang menjual buku terpakai ini baru sahaja dibuka Mac tahun ini dan ia terletak berdekatan dengan stesyen Jamsillaru.

Dalam Hotel Del Luna, ia dijadikan ‘perpustakaan hantu’ di episode 2.

Ramai yang anggap (termasuk aku); ianya hanya CGI, rupa – rupanya, tempat ini benar – benar wujud.

Sebelum ini, ia merupakan gudang yang tidak digunakan, dan selepas dicantikkan, ia dijadikan kedai buku terpakai dan mempunyai lebih daripada 130,000 buah buku. Koleksi rare ada, yang didermakan oleh selebriti Korea pun ada.

Alamat : Ogeum-ro 1, Songpagu, Seoul

Waktu Operasi : 10:30 pagi – 8:30 malam (hari biasa) | 10 pagi hingga 9 malam ( hari cuti, hari minggu) | ISNIN TUTUP

 

#3. Kyungsung Clothes

Macam yang disebut tadi, rancangan ini mendapat perhatian netizen disebabkan kepelbagaian pakaian yang cantik serta trendy yang dikenakan oleh IU pada setiap episode. Di Kyungsung Clothes, pakaian seperti IU boleh disewa dan ada juga tempat yang dikhaskan disini untuk peminat Hotel Del Luna bergambar.

Ada dua outlet di Seoul; satu di Jongno-gu, Samil-dong 30 Road 56, 2F dan satu lagi di Jongno-gu, Donhwamun 11 Road 30, 3F.

#4. Paradise City

Jika anda sudah menonton K-drama Hotel Del Luna ini, pastinya anda tahu yang sebenarnya Gu Chan-seong ini merupakan seorang pengurus hotel ‘sebenar’ yang bernama Royal Pasific Hotel.

Apa yang menarik perhatian kami adalah kolam renang yang sangat cantik yang boleh dilihat pada episode ke-2 Hotel Del Luna.

Sebenarnya, Royal Pacific Hotel itu cuma hotel rekaan. Hotel sebenar adalah Paradise City yang terletak di Incheon. Kalau perasan, ada satu babak yang mana menunjukkan taman tema malam.

Itu sebenarnya adalah taman tema terbaru Paradise City yang baru dibuka bulan Mac tahun ini.

Alamat : 186, Yeongjonghaeannam-ro 321-gil, Jung-gu, Incheon, Korea

 

#5. Mokpo Modern History Museum No.1

Tarikan utama Hotel Del Luna adalah bahagian luarannya. Kalau dalam k-drama, hotel ini akan ‘bercahaya’ pada waktu malam untuk menarik perhatian roh – roh yang ‘sangkut’ di bumi.

Pintu masuk Hotel Del Luma dalam dunia sebenar merupakan Mokpo Modern History Museum No.1.

Direka dengan gaya Renaissance, ini merupakan bangunan tertua di bandar Mokpo. Muzium ini juga memamparkan sejarah moden Mokpo dan bangunan ini pernah digunakan oleh Konsulat Jepun semasa penjajahan mereka.

Alamat : 6 Yeongsan-ro 29-beongil, Daeui-dong 2-ga, Mokpo-si, Jeollanam-do

 

#6. A Loaf Slice Piece

Ini adalah ‘kedai roti’ atau bakery yang dilawati oleh Gu Chan-seong untuk membantu salah seorang tetamu di Hotel Del Luna. Kafe ini terletak di Yongin, Gyeonggi-do dan sangat terkenal dengan pastri yang sedap.

Alamat : 755 Yubang-dong, Cheoin-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do

 

#7. E-UM The Place

Dipaparkan sebagai kediaman kawan kepada Gu Chang-seong, Sanchez, tempat ini merupakan galeri Hanok (rumah tradisional Korea) yang terletak di tengah – tengah Samcheong-dong.

Dibina pada 1908, rumah tradisional ini dijaga dengan sangat rapi sehingga hari ini dan sering disewa untuk kegunaan acara – acara seperti perkahwinan, parti, pameran dan lain – lain.

Alamat : 35-3 Samcheong-dong, Jongno-gu, Seoul

Waktu Operasi : Selasa hingga Sabtu – 11 pagi hingga 6 petang.

 

#8. Forest Of Wisdom

Terletak di Paju Book City Complex, kompleks kebudayaan ini membawa kesenian dan seni bina dalam satu bangunan. Ia dijadikan perpustakaan dan kalau dilihat, rak buku disini tingginya hampir 8 meter dan mempunyai lebih daripada 20,000 buah buku yang kesemuanya didermakan.

Kalau nak diikutkan, bukan Hotel Del Luna sahaja yang melakukan penggambaran disini tau.

Alamat : 145 Hoedong-gil, Paju-si, Gyeonggi-do

 

#9. Bukhangang Railroad Bridge

Sekali lagi, kalau korang dah tengok Hotel Del Luna ni, mesti teringat - ingat scene akhir yang mana Man-wol mulakan perjalanan ke kehidupan seterusnya (spoiler).

Di dunia nyata, Railroad Bridge ini merupakan laluan yang dikhaskan untuk basikal!

Alamat : 511-2 Yangsu-ri, Yangseo-myeon, Yangpyeong, Gyeonggi-do

 

#10. Pizza Alvolo

Secara kebetulan, Pizza Alvolo mempunyai nama yang sama seperti yang dimiliki oleh Sanchez dalam cerita berkenaan.

Kalau nak diikutkan, memang banyak cawangan Pizza Alvolo ni, tapi kalau nak pergi yang ada dalam Hotel Del Luna ianya ada berdekatan Stesyen Yangpyeong.

Ada pelbagai pizza korea yang korang boleh dapatkan dekat sini temasuklah yang dimakan oleh Jang Man-wol iaitu Ggumeul Pizza.

Alamat : 3 Yeongdeungpo-ro 12-gil, Yeongdeungpo-gu, Seoul

 

Destination: