13 Tempat Menarik Di Sabah, Semuanya Masuk Percuma Je!

TRAVEL
June 24, 2022 - 12:14 PM


Sabah sememangnya kaya dengan hasil bumi serta meriah dengan adat budaya kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik.  

Ditambah pula dengan keindahan gugusan pulaunya yang bertaraf dunia, maka tak hairanlah Negeri Di Bawah Bayu itu sering menjadi pilihan untuk lokasi percutian terbaik bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jika korang ada rancangan untuk melancong ke Sabah tidak lama lagi, berikut disenaraikan 13 tempat menarik di sana yang korang boleh masuk tanpa dikenakan sebarang bayaran. Percuma je uolsss!

Jom kita tengok senarai 13 tempat yang dimaksudkan :-

1) Pantai Tanjung Aru

Lokasi terbaik kalau korang nak menikmati pemandangan matahari terbenam tercantik di Benua Asia.

Kalau korang nak tahu kerana kecantikan lokasi di sini juga menyebabkan ramai pelancong Korea suka datang bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah ni tau!


 

2) Tip of Borneo

Tip of the Borneo atau Tanjung Simpang Mengayau ini bukannya dekat. Kalau dari Kota Kinabalu, jaraknya lebih 200km (3 jam 30 minit). Dan anda bakal melalui kawasan kampung yang tak berlampu.

Tetapi semua cabaran itu sangat berbaloi apabila korang tiba di Tip of Borneo ini yang dijamin tidak menghampakan.

3) Masjid Terapung Kota Kinabalu

Masjid ini gayanya macam Masjidil Haram kat Mekah. Dan dibuat sempena kota ini diberi taraf bandaraya. Jumlah jemaah yang boleh solat kat sini ialah sampai 12,000 orang. Jadi jangan risau datang dan tak ada tempat nak bersolat, sebab saiznya besar bang oi.

4)  Pasar Malam Sinsuran

Dianggap antara pasar malam terbaik di Asia Tenggara, Pasar Malam Sinsuran ini ada tiap-tiap hari. Nak jamu selera? Boleh. Nak tengok barang pelik etnik Sabah? Pun boleh.

Ia terletak di tepi laut dan di bawah deruan enjin kapal terbang. Jadi pasar ini memang luar biasa.

5) Pasar Gaya(Sunday Market)

Pasar Ahad di Kota Kinabalu yang dikenali sebagai Pasar Gaya ini adalah pasar pagi orang Sabah.

Pasar ini dibuka dari pukul 6 pagi. Sekitar 8 pagi, ia sudah mula sesak dengan pengunjung tempatan dan asing.

6) Kota Kinabalu Waterfront

Bukan Kuching atau Penang sahaja ada kawasan bersantai yang mengasyikkan. Kota Kinabalu pun ada, itupun kalau anda tidak kisah dengan bar-bar di tepi kawasan ini.

Untuk yang seharian mandi dan layan snorkeling kat Sapi atau Manukan, berehat kat tepi laut sambil tengok matahari terbenam dan pulau memang cukup best.

7) Pasar Filipina

Tidak sah ke Kota Kinabalu jika tidak ke pasar mutiaranya. Dan antara tempat popular untuk anda mencari mutiara sebelum pulang ialah di Pasar Filipina.

Peniaga di sini rata-ratanya berbangsa Filipina, jadi jangan terkejut jika anda rasa seperti di Manila.

Selain mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang, anda juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk dibawa pulang.

8) Kampung Siasai Jaya

80% penduduk kat Kampung di Kota Belud ini pandai buat parang. Hebat kan?

Kalau anda memang suka seni beladiri, barang tradisional dan juga memang orang yang rajin turun melapah waktu raya haji, Kampung Siasai ini tempat wajib pergi.

Kat sini, hampir kesemua orang Kampung yang orang-orang yang handal membuat parang dan pisau Bajau. Anak-anak mereka sudah bermula belajar cara membuat parang dari umur 12 tahun lagi. Jangan terkejut kalau bengkel membuat pisau ada di hampir setiap rumah.

9) Masjid Negeri Sabah

Masjid berkubah emas ini siap pada 1977. Dan yang menariknya, yang merasmikannya ialah Sultan Kelantan, iaitu Sultan Yahya Petra.

Jangan tak tau, tulisan khat yang berwarna emas itu sebenarnya, memanglah disadur dengan emas. Batu-batu mozek dalam kawasan kubah yang ada hiasan berwarna emas pun disadur dengan emas tulen. Kalau mengikut kata orang, ini sebagai tanda ketinggian dan kemuliaan Islam di Sabah.

10) Menara Signal Hill

Tempat ini tempat anda layan view kota Kinabalu.

Bentuk menara tinjau ini pun special sebab dibuat semacam kapal UFO. Kalau anda mahu ke sini, masa terbaik ialah waktu senja atau malam.

11) Pantai Rampayan, Kota Belud

Kalau anda sampai di Kota Belud, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke pantai Rampayan. bukan apa pantai ni cukup panjang. Dan selain dari layan pemandangan laut, ada beberapa aktiviti lain yang boleh anda buat kat sini.

Nak naik ATV boleh, berkuda boleh, belajar surfing pun boleh. Dan kalau anda sampai di Kota Belud nak merasa naik river cruise, ataupun snorkeling kat Pulau Mantanani, ada beberapa operator di sini yang boleh selesaikan impian anda.

12) Sabah Tea

Ladang teh milik Sabah kini adalah satu-satunya ladang teh di kepulauan Borneo. Tapi nak datang ke sini memang mencabar.

Kat Sabah Tea, anda boleh layan panorama ladang. Kalau nak berjalan masuk pun boleh. Cuma bersedia dengan topi melainkan anda tak kisah muka jadi hitam.

Selain itu anda juga macam biasa boleh masuk tengok bagaimana teh diproses. Dan anda ada guide yang akan menceritakan kepada anda tentang cara memproses teh dari A to Z.

13) Jambatan Tamparuli

Ini jambatan paling gantung paling popular di Sabah disebabkan oleh lagu dan cinta tiga segi.

Kalau anda pergi ke Rumah Terbalik Sabah, ia sebenarnya tidak jauh dari situ.

Jadi anda boleh singgah naik dan merasa sendiri betapa gayat berjalan di atas jambatan gantung yang di bawahnya mengalir sungai Kiulu.

Sumber: Mekjat Channel 

Destination: