45 Destinasi Menarik Di Terengganu Yang Korang Boleh Explore Lepas PKP

TRAVEL
June 16, 2020 - 01:28 PM


Disebabkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini kita digalakkan untuk membantu industri pelancongan domestik, apa kata kita rancang percutian ke Negeri Terengganu.

Kenapa Terengganu?

Sebab entahlah setiap kali menjejakkan kaki ke 'Negeri Darul Iman' itu, min selalu berasa damai dan tenang saja, mungkin disebabkan lokasinya yang dekat dengan pantai-pantai yang memukau pandangan seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Tasik Kenyir.

Bagi korang yang tak tahu, Terengganu sebenarnya mempunyai 7 buah daerah iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, Dungun, Marang, Setiu dan Hulu Terengganu.

Manakala antara bandar utamanya pula adalah Bandar Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri, Chukai, Kuala Besut, Rantau Abang dan Kuala Dungun.

Kalau korang dari Kuala Lumpur nak ke Terengganu dengan menaiki kereta biasanya mengambil masa perjalanan sekitar 4-5 jam dengan jarak sejauh 451 kilometer.

Tetapi jika tidak mahu penat memandu, korang juga boleh menaiki kapal terbang yang memakan masa perjalanan lebih pendek sekitar 45 minit hingga sejam dengan pelbagai pilihan pesawat antaranya Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Malindo Air dan You Wings.

Waktu Terbaik Bercuti di Terengganu

Jika anda berhasrat bercuti di Terengganu untuk melakukan aktiviti di kawasan pantai, pulau, air terjun, hutan lipur, bukit bukau atau pun di Tasik Kenyir, waktu terbaik adalah antara Mac-September setiap tahun.

Manakala, antara Oktober-Februari merupakan musim peralihan monsun atau lebih kita kenali sebagai musim tengkujuh.

Kalau korang nak tahu juga, hujung minggu di Negeri Terengganu adalah pada hari Jumaat & Sabtu.

Jadi, jika anda dari KL & bercuti di Kuala Terengganu pada hari Sabtu & Ahad, bolehlah ke mana-mana bank atau pejabat kerajaan untuk urusan rasmi pada hari Ahad.

Tempat Menarik Jalan-Jalan Di Terengganu

Kredit: abg manis

Lokasi Wajib Singgah Yang Dicadangkan Tourism Malaysia

Sumber: Tourism Malaysia

Destination: