5 Lokasi Khas Untuk Mereka Yang Mencari Inspirasi Baru

TRAVEL
October 01, 2021 - 05:39 PM


Kadangkala, satu percutian atau eksplorasi mampu membuat kita berfikir secara luar kotak ataupun mampu memberi kita inspirasi yang baru dalam kehidupan. Harini, min nak share 5 lokasi menarik di seluruh Malaysia yang mampu memberi nafas baru untuk anda!

1. Pulau Sipadan, Sabah

Terletak di bahagian selatan Borneo dan hanya sejam dari Semporna terdapat satu pulau tropika iaitu Pulau Sipadan. Salah satu kawasan yang dijadikan taman marin kebangsaan yang dipenuhi dengan keindahan terumbu karang dan kaya dengan kehiupan marin. 

Terdapat hampir lebih 3, 000 spesis kehidupan marin dan pelbagai spesis terumbu karang menjadikan ia salah satu lokasi terkaya dengan kepelbagaian spesis marin akuatik yang terdapat di dunia. Selain itu, untuk melindungi keindahan pulau ini tiada satu pun resort atau hhotel dibina. Penyelam boleh bercuti atau menginap di pulau bersebelahannya seperti Mabul atau Kapalai dan boleh menaiki bot yang disediakan untuk ke lokasi diving di Pulau Sipadan.

2. Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Perhentian ialah destinasi percutian yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia malah terkenal dikalangan pelancong luar negara. Ia dikatakan antara pulau tercantik di dunia dan mendapat gelaran island paradise dan tropical paradise. Kebanyakan kawasan di pulau ini masih terpelihara dan diliputi hutan tropika semulajadi. Manakala kawasan perairan disekitarnya telah diwartakan sebagai Taman Laut.

Pulau Perhentian terkenal kerana kecantikan pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih. Laut disekitarnya kaya dengan terumbu karang dan berbagai jenis ikan berwarna-warni. Dikawasan pulau pula, hutannya masih belum tercemar dengan pembangunan besar-besaran. Faktor tersebut menjadikan Pulau Perhentian lokasi idaman percutian sesiapa sahaja samada keluarga, kumpulan atau individu. Pelancong boleh mengunjungi pulau ini secara pakej percutian atau merancang percutian bajet sendiri.

3. Sungai Kinabatangan, Sabah

Sungai Kinabatangan sepanjang 560 km terletak berhampiran dengan daerah Sandakan, Sabah. Sungai ini merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang. Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.

Sanktuari Hidupan Liar di Hilir Kinabatangan menjadi tarikan pelancong asing untuk menyaksikan sendiri kehidupan orang utan di habitatnya. Orang utan hanya terdapat di Borneo dan Sumatera. Di sepanjang sungai ini terdapat beberapa chalet yang dikendalikan oleh Sukau Rainforest Lodge dan Kinabatangan Riverside Lodge.

4.  Taman Negeri Royal Belum, Perak

Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. 

Merupakan sebuah taman eko-tourism, dimana ekosistem hutan ini telah ada sejak 150 million tahun dulu dan pokok-pokok yang ada berumur antara 150-600 tahun. Terdapat pakej pengembaraan/aktiviti akan membawa pengunjung melalui hutan sekunder, terdapat kawasan di bahagian bawah Belum yang dipenuhi oleh pelbagai spesis pokok kayu hutan. Selain itu, hutan ini juga penuh dengan herba dan tumbuhan yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

5. Bario, Sarawak

Bario sudah tidak asing lagi di mata, penempatan dataran tanah tinggi ini begitu popular dan mendapat kunjungan pelancong luar negara yang paling tinggi di Sarawak setiap tahun. Ringkasnya, Dataran Tanah Tinggi Bario terletak di kawasan pergunungan yang hampir dengan sempadan Sarawak-Kalimantan Indonesia yang menempatkan sebanyak 14 buah perkampungan suku kaum Kelabit. Popular dengan panggilan “Kelabit Highland”, Bario dapat dihubungi melalui jalan udara selama 45 minit dan melalui jalan darat menggunakan pacuan empat roda memakan masa 10 jam bergantung dengan keadaan cuaca. Amat sesuai untuk buat aktiviti jungle trekking, berbasikal di pergunungan dan juga menikmati pandangan indah.

 

Destination: