6 Aktiviti Fun Yang Anda Boleh Enjoy Di Sekitar Lembah Klang!

TRAVEL
November 29, 2021 - 11:52 AM


Kita hampir memasuki bulan Disember pada tahun ini, cuti sekolah pun bakal menjelma. Jadi ini masanya untuk anda buat satu aktivit yang fun di sekitar Lembah Klang! Hampir setahun dah anda bekerja dalam era Covid-19 ini. Jadi, ambil masa untuk berehat dan luang masa bersama insan tersayang!

1. Escape, Petaling Jaya

Escape yang terletak di dalam Paradigm Mall, Petaling Jaya ini menawarkan pelbagai ride dan game yang menyeronokkan! Yang lagi best, setiap ride atau game sesuai untuk pelbagai lapisan umur dan juga tahap kesukaran yang mencabar! Sesuai sangat kalau jadikan lokasi untuk luang masa bersama keluarga! Satu tiket berharga RM 68.60 untuk dewasa dan RM 45.50 untuk kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 12  tahun.

Alamat: GB-07 Paradigm Mall, Petaling Jaya, 47301 Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: Selasa-Ahad, 10am-8pm

2. Ber'camping' Di Sunway Lagoon!

Terdapat satu tarikan baru di Sunway Lagoon iaitu Camp Out! Tarikan terbaru di dalam taman tema berkeluasan 88 ekar ini adalah pengalaman perkhemahan yang lengkap dengan tempat tidur dan air cond! Tak perlu berpanas atau risau digigit nyamuk! Yang lagi menarik berkhemah di sini anda akan dihidangkan makan malam BBQ yang disediakan oleh seorang chef dan juga akan boleh berendam dalam private pool. Kawasan perkhemahan adalah khas dan pengunjung lain tidak dibenarkan masuk.

Anda boleh memilih Single Package berharga RM 498 untuk seorang atau Twin Package berharga RM 598 untuk pasangan. Selain itu anda juga akan dapat 10% diskaun untuk ride yang berbayar, loker dan juga sewaan pelampung

Untuk pembelian tiket atau info tambahan anda boleh layari website Sunway Lagoon.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Rabu-Isnin, 10am-6pm (Tutup pada hari Selasa)

3.  Staycation di sekitar Lembah Klang!

Anda ingin menyulam kembali cinta anda bersama pasangan? Ataupun bercuti bersama rakan-rakan? Tak perlu pergi jauh untuk membuat memori baru bersama insan tersayang anda! Terdapat pelbagai hotel yang menarik yang sesuai dengan citarasa anda. Anda boleh klik sini untuk list lokasi penginapan yang lengkap di sekitar Lembah Klang!

4. Hiking di pelbagai lokasi yang indah!

Macam yang seperti kita tahu, Lembah Klang terdapat pelbagai lokasi hiking yang menarik! Inilah masanya untuk anda bangun awal pagi dan menghirup udara segar dengan ber-hiking! Kalau anda pergi awal di setiap lokasi yang kami suggest kepuasan yang anda bakal dapat pasti berbaloi. Permandangan yang wajib anda lihat dengan mata anda sendiri. Untuk checkout lokasi anda boleh klik sini

5. Melompat di Jumpstreet Asia!

Anda sukakan aktiviti lasak dan mencabar tapi tak tahan dengan panas matahari? Anda boleh pergi ke Jump Street Asia di Petaling Jaya! Tempat ini merupakan trampoline park indoor yang pertama di Malaysia! Anda boleh melompat dengan tinggi dan sesuka hati anda! Selain itu, ia terletak dekat dengan pelbagai kedai makanan dan juga pusat membeli-belah. Anda juga boleh membawa anak-anak anda kerana terdapat ruangan yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

Bayaran masuk berharga RM 45 seorang untuk satu sesi selama 2 jam dan anda perlu membeli Grip Socks yang berharga RM 6 yang boleh digunakan setiap kali anda berkunjung di situ 

Alamat: No 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Khamis-Ahad, 10am-6.30pm (Tutup pada hari Isnin-Rabu tetapi dibuka pada cuti umum)

6. Berjalan-jalan di Taman Tasik Perdana

Taman Tasik Perdana adalah satu taman rekreasi yanh penuh dengan pelbagai tarikan tersendiri! Anda boleh luang masa melihat keindahan Orchid Garden yang mempunyai hampir 120 spesis bunga orked! Selain itu taman ini cukup indah dan terdapat banyak spot untuk bergambar!

Destination: