Asyik Ladang Teh & Strawberi Je Kalau Naik Cameron, Apa Kata Cuba Bermanja Dengan Kambing Biri-Biri Pula!

TRAVEL
July 01, 2020 - 12:24 PM


Jika sebut sahaja nama Cameron Highlands, yang terlintas di fikiran kita pastinya cuacanya yang sejuk, ladang tehnya yang terbentang luas, buah strawberinya yang merah menyala dan pelbagai lagi jenis tumbuhan seperti kaktus dan bunga-bunga yang cantik.

Tapi kalau korang ada rancangan nak bercuti ke tanah tinggi popular itu dan ingin merasai pengalaman berbeza berbanding kunjungan sebelum ini -- apa kata korang singgah ke The Sheep Sanctuary di Kea Farm, Brinchang!

Di sini korang bakal merasai pengalaman bermanja dengan kambing biri-biri secara lebih dekat serta memberi makan kepada haiwan gebu yang berbulu tebal itu.

Menurut pemiliknya, Goh Bing Tzuan, tempat ini menempatkan 14 ekor kambing biri-biri baka merino yang diimport dari Australia.

Tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung, cuma mereka boleh membeli makanan berharga RM3 untuk diberikan kepada kambing biri-biri di situ serta berpeluang bergambar dengan haiwan comel tersebut.

Pembukaan The Sheep Sanctuary ini mengambil inspirasi daripada ladang kambing biri-biri di Taiwan.

Jadi bagi korang yang nak rasa suatu pengalaman baharu ketika bercuti ke Cameron, bolehlah kunjungi The Sheep Sanctuary, anak-anak mesti suka dapat bermain dengan kambing biri-biri di sana!

THE SHEEP SANCTUARY

ALAMAT: Kea farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang

WAKTU OPERASI: Setiap Hari (9.30 Pagi - 5.30 Petang)

NO. TEL: 018-661 8488

FACEBOOK: The Sheep Sanctuary


 

Destination: