Bakal Dibuka Julai Ini, HRC Kyoto Dijangka Tarik Ramai Pelancong

TRAVEL
June 18, 2019 - 03:52 PM


Ramai yang tahu bahawa pembinaan Hard Rock Cafe di seluruh dunia biasanya mengetengahkan rekaan moden dan urban.

Namun, lain pula ceritanya dengan pembukaan Hard Rock Cafe di Kyoto, Jepun ini yang mengekalkan rekaan tradisional 'negara matahari terbit' itu.

Menariknya, Hard Rock Cafe ini dibuka di sebuah rumah bandar bergaya Machiya iaitu townhouse dengan binaan kayu yang popular di Kyoto.

Kalau dari luaran pun sudah bercirikan tradisi Jepun, rekaan dalamannya juga turut mengekalkan ciri-ciri rekaan Machiya serta menjadi highlight kepada restoran ini.

Malah Hard Rock Cafe yang sememangnya terkenal dengan hidangan makanan barat tetapi bagi cawangannya di Kyoto, kafe ini menawarkan sedikit kelainan dengan menampilkan sajian istimewa tradisi Jepun.

Pastinya keunikan identiti Hard Rock Cafe Kyoto ini bakal menarik kehadiran pelancong yang ingin merasai suasana berbeza di Jepun.

Bagaimanapun, Hard Rock Cafe ini hanya akan mula beroperasi pada 12 Julai 2019.

Bagi korang yang sedang merancang untuk bercuti ke Jepun terutama Kyoto, bolehlah singgah ke Hard Rock Cafe ini yang beralamat di : Kyoto-shi, Higashiyama-ku, Nakanocho, Shinmonzendori Yamato Oji Higashi Iri Motoyoshicho 67.