Dah Boleh Travel Guys! Thailand Bakal Terima Pelancong Antarabangsa Mulai Oktober Ini

TRAVEL
August 26, 2020 - 02:36 PM


Kepada yang berminat dan rindu nak melancong ke Thailand, ini merupakan satu berita baik buat anda. Pada forum awam minggu lepas, Menteri Pelancongan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn berkata negara mereka sedang merancang untuk membenarkan pelancong antarabangsa masuk ke sana. Ia merupakan sebuah program yang dipanggil ‘Safe and Sealed’.

Tetapi program ini hanya membenarkan pelancong masuk ke Phuket, pulau terbesar di Thailand. Dan setibanya mereka di situ, pelancong tersebut akan dikuarantinkan di Patong Beach, kawasan istimewa sebesar 1km yang mempunyai beberapa buah resort. Pelancong hanya dibenarkan berada di dalam kawasan istimewa tersebut ketika 14 hari kuarantin. Selepas itu mereka dibenarkan untuk melancong hanya di dalam Phuket.

Bagaimana pula kalau pelancong tersebut ingin ke luar dari Phuket? Kuarantin mereka akan ditambah sebanyak 7 hari (21 hari total) dan mendapatkan ujian COVID-19 pada awal dan akhir proses kuarantin mereka. Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand, Yuthasak Supasorn berkata pelan ini telah diterima oleh pihak kerajaan dan kini mereka hanya perlu menerima sokongan dari orang awam sahaja.

Pelan ini dijangka akan mengambil tempat pada awal bulan hadapan.

Destination: