Itali 'Buka Pintu' Kepada Pelancong Eropah Untuk Percutian Musim Panas

TRAVEL
June 05, 2020 - 02:35 PM


Selepas 3 bulan melakukan perintah berkurung akibat pandemik COVID-19 akhirnya Itali membuka semula kemasukan pelancong asing dari Eropah untuk merancakkan kembali ekonominya selain menandakan akan bermulanya percutian musim panas.

Tarikan pelancongan sudah bersiap sedia sebagai contoh, gondola di Venice, yang menjadi tarikan kepada pasangan kekasih seluruh dunia untuk bergambar seperti 'Romeo dan Juliet' di balkoni terkenal di Verona selain peminat gladiator boleh bergambar dan berswafoto di Colosseum.

Di sebalik ketibaan pelancong asing tetap mewujudkan kebimbangan ramai virus pandemik COVID-19 akan kembali menular.

Ahad lalu, Gabenor wilayah selatan, Jole Santelli berkata, pelancong tidak perlu bimbang akan penularan virus tetapi jika ke Calabria, hanya satu risiko dialami, iaitu kenaikan berat badan.

Itali, negara Eropah pertama dilanda COVID-19 dan setakat ini melaporkan lebih 33,000 kematian memaksa negara itu menetapkan perintah berkurung sejak awal Mac lalu dan sejak itu, penularan kes baharu turun mendadak.

Meskipun ada puluhan kes baharu dilaporkan setiap hari terutama membabitkan wilayah utaranya, Lombardy hingga pakar kesihatan mengeluarkan amaran, langkah tergesa-gesa membenarkan perjalanan antara wilayah dan luar negara akan memburuk keadaan, selain Itali dijangka membenarkan penerbangan antarabangsa di tiga bandar utamanya iaitu Milan, Rom dan Naples.

Kebimbangan sama dikhuatiri berpunca perjalanan darat menaiki kereta, kereta api atau perjalanan laut menggunakan feri dari negara jiran mengisi kelapangan hari cuti mereka.

Bagaimanapun, Switzerland memberi amaran kepada rakyatnya jika mereka mengunjungi Itali, mereka akan dikenakan langkah-langkah kesihatan sekembalinya semula. Switzerland dilaporkan akan membuka sempadan negaranya kepada Jerman, Perancis dan Austria pada 15 Jun ini, namun tidak kepada Itali.

Austria juga melonggarkan sekatan rentas negeri pada pertengahan bulan ini dengan Jerman, Switzerland, Republik Czech, Slovakia dan Hungary tetapi bulan dengan Itali.

Sumber: Berita Harian

Destination: