London Bakal Bina 'Infinity Pool 360°' Awal Tahun 2020
TRAVELSebuah kolam renang infiniti 360° bakal dibina di atas sebuah bangunan hotel di tengah-tengah kota London, pada awal tahun hadapan.
Infinity Pool seumpamanya yang pertama di dunia itu akan berada di ketinggian 220 meter bagi memberikan pemandangan menarik seluas 360 darjah kepada pengunjung yang akan ke kolam renang tersebut.
Sebuah laluan tangga spiral akan timbul dari dasar kolam hingga ke permukaan setiap kali pengunjung keluar atau masuk dari kolam.
Kolam tersebut mampu menampung sehingga 600,000 liter air dan akan dihiasi kaca akrilik di sekelilingnya.
Namun terdapat satu isu yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan orang ramai yang mengikuti perkembangan perkara ini tentang bagaimana akses untuk ke kolam renang berkenaan?
Bagi merealisasikan idea 360° infiniti, syarikat pembinaan tidak akan membina tangga atau mana-mana laluan untuk masuk dan keluar daripada kolam ini.
Namun, mereka dikatakan bakal menyediakan sebuah pintu seperti kapal selam dan digabungkan dengan laluan seakan berbentuk spiral yang akan muncul daripada permukaan lantai kolam itu jika ada yang mahu keluar atau masuk.
Wah, dah rasa macam masuk kolam renang James Bond pula, kan! Tak sabar nak tunggu kolam renang tu siap...