Jom 'Terbang' Jelajah Dunia Di DisneySea Tokyo!





Seperti yang kita tahu, Tokyo, Jepun mempunyai 2 taman tema berbeza di bawah satu label yang sama iaitu DisneyLand dan DisneySea yang sememangnya menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia.

Mulai esok (23 Julai 2019), ada satu lagi tarikan baharu tetapi di DisneySea kerana mereka akan melancarkan simulator penerbangan atau ‘flight-motion simulator’ yang dinamakan “Soaring: Fantastic Flight”!

Tarikan terbaharu itu bakal membawa pengunjung untuk merasai sendiri keseronokan seakan berada di alam fantasi, dengan berjalan-jalan di atas awan selama 5 minit sambil menikmati keindahan pelbagai mercu tanda terkenal dunia seperti Tembok Besar China, piramid Mesir, Savannah Afrika dan lautan tropika.

Oriental Land Co. yang mengendalikan DisneySea Tokyo, melaburkan kira-kira 18 bilion Yen untuk “Soaring: Fantastic Flight”.

Terdapat 2 buah teater yang menempatkan simulator penerbangan berkenaan, dengan masing-masing boleh memuatkan kapasiti 87 orang bagi setiap teater.

Permainan itu boleh dinaiki oleh pengunjung dewasa dan kanak-kanak yang berketinggian 102 cm dan ke atas.

Tarikan ini juga boleh didapati untuk "Happy 15 Entry" iaitu keistimewaan eksklusif untuk tetamu yang menginap di Hotel Disney menjadi antara pengunjung teawal menaiki “Soaring: Fantastic Flight”.

Bagi mengetahui maklumat lanjut untuk tarikan ini, korang boleh layari Tokyo Disney Resort.

Jom tengok sikit video teaser 'Soaring: Fantastic Flight' ni!

;