Naik Atas Treadmill & Jom Jalan-Jalan Ke Paris, Rom, Dubai Secara 'Virtual'

TRAVEL
April 06, 2020 - 12:39 PM


Pada masa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) -- tidak ada aktiviti yang lebih bermanfaat boleh dilakukan di rumah selain bersenam sendiri di atas treadmill sambil 'berangan' bersiar-siar di destinasi pelancongan popular dunia menerusi siaran video di YouTube.

Kalau anda seorang kaki travel, aktiviti 'melancong secara virtual' ke Eropah atau jalan-jalan di pasar malam di Seoul, Korea Selatan adalah cara yang paling selamat untuk anda menghilangkan kebosanan dengan tiada risiko dijangkiti wabak COVID-19 di luar rumah.

Apatah lagi apabila anda berpura-pura melancong selama 3 jam berjalan kaki di sekitar Kota Paris di atas treadmill, anda sebenarnya mampu melakukan senaman seolah-olah telah berlari sejauh 19 kilometer dan bayangkan berapa banyak kalori anda yang telah terbakar? Menarik, kan!

Berikut adalah beberapa video melancong virtual yang boleh anda tonton sambil bersenam di rumah :-

1) Paris

2) Seoul 

3) Rom

4) Tokyo 

5) Manhattan

6) Chicago

7) Dubai

8) Vancouver

Destination: