Nak Pengalaman Percutian Berbeza Selain Pulau Jika Ke Terengganu? Datanglah Ke Setiu Wetlands!
TRAVELKalau sebut bab melancong ke Terengganu, mesti ramai yang lebih memilih untuk bercuti ke pulau-pulau yang ada di sana sebab semuanya cantik-cantik belaka.
Tapi sesekali apa salahnya kalau korang jalan-jalan ke Terengganu dan cuba pula aktiviti menarik yang jarang dapat kita lakukan di tempat lain, tetapi ia ditawarkan di Tanah Bencah Setiu atau dipanggil Setiu Wetlands.
Kalau korang nak tahu, Tanah Bencah Setiu yang berkeluasan 23,000 hektar itu merupakan satu-satunya lokasi di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem saling berhubung iaitu pesisir pantai, muara sungai, paya bakau, dataran berlumpur, laguna, sungai, kerangas, paya gelam dan tasik berombak air tawar yang menyimpan 1,001 khazanah alam semula jadi.
Kebiasaannya kalau pelancong datang ke sini, mereka akan ditawarkan dengan 10 aktiviti antaranya:
- Pelepasan tuntung
- Penanaman pokok
- Melihat pendaratan spesies penyu hijau
- Menyusuri sungai
- Berjalan kaki di 'boardwalk'
- Memerhati burung
- Berkhemah
- Merasai sendiri pengalaman lebih dekat di kawasan ternakan ikan, lebah serta ketam
- Mengumpul madu
- Memancing
Namun kalau korang berminat untuk membawa keluarga atau bercuti bersama rakan-rakan ke sini, mulai Jun depan Tanah Bencah Setiu bakal memperkenalkan 3 pakej pelancongan iaitu Jejak Sejarah, Jejak Warisan dan Jejak Budaya.
Menerusi pakej tersebut, pelancong akan diperkenalkan dengan keunikan budaya penduduk di sekitar kawasan itu yang kebanyakannya terdiri daripada golongan petani serta nelayan dan sumber pendapatan mereka banyak bergantung kepada alam semula jadi di sekitar Tanah Bencah Setiu ini.
Jejak Warisan pula memberi peluang pelancong untuk mengenali kemahiran tradisional yang masih dimiliki penduduk seperti kraftangan dan jualan makanan eksotik seperti lokan dan kepah yang sumbernya diperoleh dari Tanah Bencah Setiu.
Destinasi pelancongan tersebut nyata semakin mendapat perhatian apabila merekodkan peningkatan jumlah pelancong iaitu 1,200 pelancong pada Januari lepas.
Sumber: Bernama