Pertama Kali Jejak Ke Tokyo? Jangan Lupa Singgah 10 Tempat Ini

TRAVEL
July 29, 2019 - 10:39 AM


Ibu negara Jeppun, Tokyo atau secara rasminya dikenali sebagai Tokyo Metropolis adalah bandar yang mempunyai populasi penduduk paling tinggi serta disifatkan sebagai salah satu daripada tiga ‘pusat’ ekonomi dunia selain New York dan London.

Dari segi sejarah, Tokyo pada asalnya hanyalah perkampungan perikanan kecil yang dikenali sebagai Edo dan bandar ini pernah dilanda malapetaka yang hebat pada tahun 1923 yang mana sejumlah 140 ribu orang penduduk maut atau hilang ketika ia dilanda gempa dan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia Kedua.

Namun begitu, Tokyo berjaya dibangunkan semula dan ianya menjadi sebutan dan contoh baik dari segi kemajuan serta industri pelancongan. Jika dengar kawan – kawan cerita pernah sampai ke Jepun, destinasi mereka mesti Tokyo.

Berikut adalah 10 destinasi wajib singgah jika anda ke Tokyo :

#1. Shibuya Crossing

Lintasan ikonik Shibuya ini sering muncul di video mahupun gambar untuk mempromosikan Jepun. Jadi amatlah rugi jika sampai di Tokyo tetapi tidak singgah di Shibuya Crossing untuk merasai sendiri pengalaman suasana lintasan paling sibuk ini.

 

#2. Meiji Shrine

Kalau ini kali pertama korang jejak kaki ke Jepun, rasanya elok singgah di shrine ini. Biasanya, orang Jepun akan ke sini sewaktu ‘hatsumode’ atau lawatan pertama tahun baru. Tapi, untuk pelancong, memang selalu akan datang ke sini.

Bila lagi nak tengok orang berpakaian tradisi Jepun, dekat sini ada tau.

 

#3. Tsukiji Market

Walaupun pasar ‘basah’ dan terkenal untuk lelongan ikan tuna telah dipindahkan ke Tosuyu, kawasan pasar Tsukiji ini masih beroperasi seperti biasa.

Untuk mendapatkan pengalaman yang sempurna, apa kata korang nikmati sushi di salah satu restoran yang terdapat di kawasan ini. Kalau nak dapatkan seafood yang paling segar, sinilah tempatnya. Selain itu, boleh jugak cari barang-barangan lain.

Untuk ke sini dari Stesyen Tokyo, cari Marunouchi Subway Line dari Tokyo ke Ginza, kendian tukar ke Hibiya Subway Line ke Tsujiki Station – Tambang sekitar 170 yen.

 

#4. Restoran Robot

Robot Restaurant merupakan salah satu restoran unik di Jepun yang patut korang singgah selain suasananya yang meriah, sememangnya menjanjikan pengalaman yang lain daripada yang lain. 


BACA JUGA


#5. Ichiran Ramen

Ramen merupakan salah satu makanan yang popular dan boleh dikatakan makanan utama di Jepun selain sushi. Jadi, kalau nak rasa ramen yang terbaik, datanglah ke Ichiran Ramen.

Dengar cerita, Ichiran Ramen ni menyajikan ramen terbaik di dunia! Boleh jugak nanti cuba beli ramen dari mesen. Hehe~

 

#6. Harajuku

Selain Shibuya Crossing, salah satu destinasi atau lokasi yang korang patut singgah adalah di Harajuku. Kalau nak ikutkan, Harajuku ni sangat terkenal dengan gelaran ‘fashion street’.

Dekat sini, memang orang akan berpakaian lain macam sikit. Kalau nak merasa jumpa orang yang suka berfesyen dan korang nak jadikan inspirasi, sinilah lokasinya. Dah cuci mata tu, alang-alang, korang sekali boleh shopping. Tak pun, cuba ke Kawaii Monster Café.

 

#7. Akihabara

Kalau korang peminat anime, Akihabara ni boleh jatuh ‘wajib’ untuk korang singgah. Sini adalah syurga buat kaki anime dan barangan elektronik.

Kalau nak cari gajet macam kamera ke, jam ke, apa-apa berkaitan elektronik, murah -murah dekat sini. Sediakan duit sahaja. Hehe~

 

#8. Jimbocho

Kalau Harajuku terkenal sebagai tempat fesyen, Akihabara terkenal dengan anime, tak kurang juga dengan Jimbocho. Jimbocho ni merupakan ‘bandar buku’ di Tokyo. Korang boleh jumpa kurang lebih 160 hingga 200 kedai buku di kawasan ini.

Kalau rasa nak cari komik, buku lama, buku antic, buku terpakai, elok sangat ke sini.

 

#9. Tokyo Skytree

Selain beroperasi sebagai menara penyiaran, Tokyo Skytree yang terletak di Sumida ini juga mempunyai restoran dan pengunjung juga boleh menikmati pemandangan Tokyo dari sini.

Siap pada 2012, ia merupakan struktur buatan tertinggi di Jepun dan ia merupakan menara telekomunikasi yang tertinggi di dunia dan dibuka pada Mei 2012. Waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 10 malam dan waktu terakhir adalah 9 malam.

Bayaran tiket adalah 4,200 yen untuk dewasa, 2,100 yen untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan ini adalah tiket kombo untuk ke tingkat 350 dan 450. Untuk single tiket, 3,200 yen untuk dewasa, 1,600 yen untuk kanak – kanak dan ianya hanya untuk lawatan ke tingkat 350.

 

#10. Imperial Palace

Imperial Palace atau Istana Maharaja Tokyo adalah kediaman utama Maharaja Jepun dan ianya terletak di Chiyoda. Ada beberapa bangunan utama disini termasuk Kyuden (istana), kediaman peribadi keluarga, arkib, muziu, dan pejabat pentadbiran.

Kalau nak diikutkan, ia didirikan atas tapak lama Istana Edo. Namun, korang boleh melawat kawasan luar sahaja, kawasan dalam tidak dibuka untuk orang awam. Ada beberapa hari tertentu sahaja seperti tahun baru atau hari lahir maharaja sahaja pelawat dibenarkan masuk.

Jadi, kalau korang ada perancangan untuk ke Tokyo dan ia merupakan kali pertama jejak kaki ke sana, jangan lupa singgah di tempat – tempat yang kitorang cakap tadi. Lagi satu nak pesan, alert kepada cuaca dekat sana ye. Sekarang ni ada macam – macam aplikasi yang boleh kita gunakan untuk tahu ramalan cuaca, jadi jangan tersalah pack baju pulak.