Rindu Bercuti Ke Jepun? T-Box Sungai Lembing Ada Kabin Ala 'Japanese' Untuk Ubati Kerinduan Itu!

TRAVEL
October 30, 2020 - 04:02 PM


Tak dinafikan ramai antara rakyat Malaysia yang suka memilih Jepun sebagai destinasi percutian favorit mereka.

Namun apakan daya disebabkan penularan wabak COVID-19, keinginan untuk kembali ke 'Negara Matahari Terbit' itu terpaksa dilupakan buat seketika.

Tetapi jangan risau sekiranya anda ingin mengubati kerinduan terhadap percutian ke Jepun -- anda mungkin boleh cuba menginap di T-BOX, SUNGAI LEMBING, Pahang!

Ini kerana selain mempunyai pelbagai jenis penginapan menarik, T-Box juga turut menawarkan sebuah konsep bilik dinamakan sebagai 'Kabin Jepun' yang mengetengahkan tema ala-ala rustik dengan hiasan ikonik Jepun yang comel serta minimalis.

Konsep Jepun sebegini sememangnya jarang-jarang kita nak temui dalam kebanyakkan resort di Malaysia, namun tidak jika anda memilih untuk bercuti ke T-Box, Sungai Lembing.

Meskipun menawarkan pengalaman menginap di tengah-tengah alam semulajadi yang tenang dan mendamaikan, tetapi T-Box tetap menjaga keselesaan para pengunjungnya di mana segala kelengkapan dan kemudahan di dalam bilik lengkap buat mereka.

Sebuah kabin Jepun boleh memuatkan antara 4 atau 6 orang dengan katil tambahan.

Ia dilengkapi dengan satu katil double, dua katil single, ruang tamu kecil dengan tatami, bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian air panas, penghawa dingin, TV satelit, peti sejuk kecil, dan dispenser air panas/sejuk.

Selain bilik Kabin Jepun, T-Box turut menyediakan 3 jenis penginapan lain mengikut citarasa tetamunya seperti:

1) Wooden Cottage

Wooden Cottage terletak di atas sebuah bukit kecil dan ia dikelilingi dengan pokok-pokok bunga yang segar. Setiap cottage boleh memuatkan sehingga 6 orang, lengkap dengan bilik air peribadi, tab mandi, dapur kecil, dan balkoni peribadi.

2) Colourful Cabin

Terdapat 12 unit Colourful Cabins. Setiap kabin boleh memuatkan 8 orang dan tidak mempunyai tandas peribadi. Semua kabin dicat dengan tema yang berbeza seperti sarang labah-labah, moo, kotak xmas, dan lain-lain. 

3) Wooden White House

Wooden White House ini lengkap dengan 3 bilik berasingan; 1 bilik tidur dengan katil double dan 2 bilik dengan katil double decker yang boleh memuatkan 3 orang. Rumah ini boleh menampung 8 sehingga 13 orang dengan katil tambahan. 

Selain penginapan, T-Box Sungai Lembing juga menawarkan perkhidmatan dan juga pelbagai aktiviti menarik lain yang confirm membuatkan percutian anda lebih menyeronokkan, seperti:

1. Rainbow Waterfall Package

2. Bukit Panorama Trip

3. Sight-seeing tour

4‍‍‍. Barbecue service

5. Catering service

6. Bicycle rental

Jadi tunggu apa lagi dengan harga bermula dari RM320 saja untuk 3H2M, T-Box Sungai Lembing merupakan suatu pilihan tepat untuk anda mengadakan percutian idaman bersama keluarga dan kawan-kawan. Jom Cuti-Cuti Malaysia ke sana!

T-BOX SUNGAI LEMBING

Alamat: EB 33, Jalan Sungai Lembing, Kampung Tengah, 26200, Sungai Lembing, Pahang.

No Telefon: +6010-288 2993

Email: [email protected]

Fcebook: T-BOX SG Lembing

Website: https://www.tbox-sungailembing.com/

Destination: