Senarai Barang Yang Perlu Ada Dalam "Hand Carry" Anda Semasa Travel
TRAVELTravel memang best tapi part yang paling ramai tak suka adalah semasa nak packing barang-barang masuk dalam lugage dan hand carry. Banyak kali check pun masih lagi rasa ada yang tertinggal.
7 Cara Mudah Packing Barang Untuk Travel
Banyak tip yang ada dekat internet cara-cara packing barang semasa travel dan senarai barang perlu dibawa ketika travel:
Nak Travel? Ini Barang-Barang Penting Yang Perlu Anda Bawa
Kali ini kami nak kongsikan barang-barang yang perlu ada di dalam hand carry anda, dan perlu korang tahu juga tak semua barang-barang boleh dimasukkan dalam luggage anda ya. Silap hari bulan kalau salah masuk beg anda tak akan sampai di destinasi, lebih teruk anda mungkin akan dihalang dari menaiki pesawat. Salah satu contoh yang anda tidak boleh masukkan di dalam luggage adalah barang jenis bateri termasuklah power bank.
Senarai Barang Yang Perlu Ada Dalam "Hand Carry" Anda Semasa Travel
1. Passport
Ini merupakan dokumen yang paling penting yang anda perlu pastikan sentiasa ada dengan anda di dalam beg hand-carry anda kerana tanpa pasport, anda tidak akan dapat ke mana-mana.
2. Beg duit, wang tunai dan kad kredit
Ini adalah benda paling penting. Seeloknya bawa wang lebih untuk kecemasan. Selain cash, anda juga digalakkan untuk menggunakan kad ATM atau kad kredit. Cara ini lebih selamat kerana anda tidak perlu menukar dan membawa wang tunai banyak-banyak apabila melancong. Pastikan anda telah mengaktifkan fungsi penggunaan di luar negara bagi kad anda.
3. Itenari, dokumen perjalanan, hotel dan lain-lain dokumen tempahan
Ada negara yang meminta agar anda menunjukkan apa sahaja dokumen perjalanan anda semasa pemeriksaan. Jadi, adalah lebih baik jika anda letakkan dokumen-dokumen ini di dalam hand-carry bag anda dan pastikan mudah untuk mencarinya
4. Pen
Bawalah sekali sekurang-kurangnya sebatang pen kerana anda akan memerlukannya untuk mengisi beberapa borang saat anda tiba di sesuatu negara
5. Eye drops, lip balm dan pelembap
Di dalam kabin kapal terbang adalah ber-aircond. Bagi perjalanan yang memakan masa yang lama, anda digalakkan untuk membawa barang-barang ini supaya kulit anda tidak kekeringan sepanjang perjalanan. Tetapi harus diingat, jangan bawa dalam kuantiti yang banyak. Jika melebihi had, pemeriksa di kaunter akan membuangnya pula
6. Telefon bimbit
Jangan lupa bawa telefon bimbit anda. Selain sebagai alat komunikasi, anda boleh juga menyimpan dokumendokumen anda di dalam bentuk digital. Lebih mudah dan kemas kan
7. Rokok dan Lighter
Ok bagi mereke yang smoking, kami sarankan lighter terutamanya letak di dalam beg hand cary bukan di dalam poket. Sebab ada sesetengah airport diorang akan rampas lighter korang kalau letak dalam bekas sebelum scan. Jadi bagi mengelakkan anda asyik beli lighter baru jer sila simpan di dalam beg.
8. Power Bank
Ini sangat penting sebab korang tak dibenarkan untuk membawa power bank di dalam luggage. Sila letak power bank korang dalam beg hand carry.
9. Hand Sanitizer
Kebersihan sentiasa kena jaga terutama bila travel. Kita tak tahu apa yang kita pegang itu bersih atau tak. Jadi selalulah bawa hand sanitizer walau kemana anda pergi. Boleh beli yang botol kecil jenama dettol.
10. Towel Kecil / Tisu Basah
Kadang-kadang towel kecil ni berguna. Bagi mereka yang selalu berpeluh tu. Tisu basah pula boleh digunakan apabila waktu kecwemasan.
11. Toiletries
Kalau penerbangan jarak jauh ini memang sangat diperlukan. Biasa bila sampai di destinasi bagi segar sikit badan tu boleh terus cuci muka kat toilet atau berus gigi kat tandas. Melainkan korang naik penerbangan jenis kelas pertama atau bisnes kelas.
Ok itulah 11 perkara yang patut anda letak dalam hand carry anda.