Tapak Warisan Dunia UNESCO Paling Banyak Dikunjungi Di Dunia

TRAVEL
August 28, 2019 - 11:43 AM


Terdapat lebih daripada 1000 Tapak Warisan Dunia UNESCO di seluruh dunia dan masing – masing mempunyai nilai tersendiri baik dari kebudayaan, semulajadi mahupun campuran. Kadangkala, sebuah tempat dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia disebabkan usaha-usaha pemuliharaan yang dilakukan untuk mengekalkan nilai tersebut daripada kerosakan.

Setakat ini, terdapat 3 buah kawasan yang statusnya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO telah ditarik. Sehingga 2004, setiap tapak warisan dunia ini akan dipilih berasaskan 6 perkara untuk kebudayaan dan 4 kriteria bagi tempat semulajadi.

Sementara itu, di Malaysia, kita juga mempunyai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ada 4 lokasi kesemuanya dan diseluruh dunia, tapak warisan dunia ini sentiasa menjadi tarikan para pelancong. Menurut statistik Tapak Warisan Dunia UNESCO paling popular boleh menerima sehingga 10 juta pengunjung dalam masa setahun.

Jom kita tengok Tapak Warisan Dunia yang mana paling banyak menerima kunjungan pelancong di seluruh dunia dalam setahun.

 

#10. Versailles, Perancis – 7.5 Juta Pengunjung

Secara tepat, Palace of Versailles. Ianya merupakan istana yang menempatkan raja Perancis dari zaman pemerintahan Louis XIV sehingga Louis XVI.

 

#9. Par Force Hunting Landscape, Denmark – 7.8 Juta Pengunjung

Terletak kira-kira 30 kilometer dari Copenhagen, kawasan lanskap kebudayaan ini merangkumi dua hutan yang dikhaskan untuk aktiviti memburu iaitu Store Dyrehave dan Gribskov serta Jaefersborg Hegn.

Menariknya, kawasan ini direka untuk raja Denmark untuk melatih kebolehan memburu menggunakan anjing atau dipanggil par force dan ianyasangat popular dan penting kepada kebudayaan Denmark dari abad ke 17 dan 18.

 

#8. Taj Mahal, India – 8 Juta Pengunjung

Binaan Taj Mahal yang terletak di Agra ini rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Dibina pada 1632 oleh Shah Jahan untuk isterinya, ia kini menjadi simbol cinta dan monument yang tercantik di dunia.

Dengan kemasan marmar bewarna putih, tidak hairan jika binaan ini juga merupakan salah sebuah ‘keajaiban dunia’.

 

#7. Sydney Opera House, Australia – 8 Juta Pengunjung

Mula dibina pada 1959, bangunan Sydney Opera House beroperasi hari ini dan menempatkan pelbagai jenis persembahan berkaitan seni. Kalau nak tahu, proses pembinaan asal binaan ini hanyalah empat tahun tetapi akhirnya siap sepenuhnya selepas 14 tahun dan melibatkan 10,000 orang pekerja.

Dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II pada 20 Oktober 1973, ia tersenarai dalam senarai UNESCO pada 2007. Difahamkan, sehingga hari ini, terdapat lebih 40 persembahan diadakan di sini setiap minggu.

 

#6. Banks Of The Seine, Perancis – 8 Juta Pengunjung

Banks dekat sini adalah tabing Sungai Seine di Pairs ye. Tebing sungai ini mendapat pengiktirafan UNESCO disebabkan faktor sejarah serta evolusi Perancis yang boleh dilihat melalui tebing sungai ini.

Salah sebuah bangunan yang ikonik semestinya Notre-Dame Cathedral yang mempunyai senibina yang dikatakan masterpiece selain senibina sekitar tebing berkenaan yang mempunyai pengaruh abad ke 19 dan 20.

 

#5. Gyeongju, Korea Selatan – 9 Juta Pengunjung

Kawasan Gyeongju disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia dan dikategorikan sebagai kebudayaan. Kawasan bersejarah ini menempatkan pelbagai contoh kesenian Buddha. Ini boleh didapati pada binaan patung, pagoda serta serpihan binaan kuil dan istana yang berasal dari Dinasti Silla.

Dinasti Silla ini memerintah Korea selama hampir 1000 tahun iaitu dari tahun 57 hingga 935 dan bukti yang mengsahihkan maklumat ini ada pada binaan monument di kawasan Gyeongju ini.

 

#4. Great Wall Of China, China – 10 Juta Pengunjung

Senarai Tapak Warisan Dunis takkan lengkap tanpa Tembok Besar China. Tujuan asal pembinaan tembok ini adalah untuk melindungi negara China dari serangan luar.

Binaan tembok ini diperbuat dari campuran batu, batu bata, kayu, besi dan bahan – bahan lain. Menariknya tentang binaan ini, ia dibina dan oleh dinasti yang berlainan bermula dari Dandong hinggalah Lop Lake.

Tembok Besar China ini diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1987 dan menerima kunjungan lebih daripada 10 juta pengunjung dalam setahun.

 

#3. Great Smoky Mountains, USA – 11 Juta Pengunjung

Rangkaian pergunungan The Great Smoky yang terletak di bahagian tenggara Amerika Syarikat ini menerima 11 juta orang pengunjung setiap tahun. Jajaran gunung yang bermula dari sempadan Tennessee – North Carolina ini adalah sebahagian dari Gunung Appalacian.

Dikenali sebagai Smokies, ia juga merupakan Taman Negara Great Smoky Mountains yang diperkenalkan pada tahun 1934. Ia merupakan taman negara paling popular di USA.

 

#2. Kulangsu, China – 12 Juta Pengunjung

Terletak di Fujian, pulau Kulangsu ini dikhaskan untuk pejalan kaki sahaja. Ini bermaksud ianya tidak mempunyai kenderaan dan antara lokasi yang paling banyak menerima pelancong di dunia.

Walaupun saiznya kecil dan mempunyai sekitar 20,000 orang penduduk, pulau ini menerima kunjungan pelancong yang sangat ramai kerana keunikannya. Hanya kenderaan atau kereta yang dibenarkan sahaja boleh berada disini.

Untuk ke sini, pengunjung boleh menaiki feri dari Xiamen dan tarikan utama disini adalah pantai dan senibina yang menarik. Satu – satunya muzium piano juga terletak di sini ye.

 

#1. The Forbidden City, China – 15 Juta Pengunjung

Kota Terlarang atau Forbidden City di China merupakan tapak warisan UNESCO yang paling banyak menerima pengunjung setiap tahun. Anggaran purata adalah 15 juta pengunjung sejak 2012 hingga hari ini.

Terletak di Beijing, kompleks istana ini pernah digunakan semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming pada 1420 sehinggalah pengakhiran Dinasti Qing pada 1912. Selain digunakan sebagai pusat pemerintahan dan kebudayaan kerajaan China, disini juga merupakan kediaman Maharaja serta keluarga mereka.

Mula dibangunkan pada 1406 sehingga 1420, kawasan yang didirikan atas tanah berkeluasan 180 ekar ini mempunyai 980 buah bangunan secara keseluruhan dan seni bina istana ini telah banyak memberikan inspirasi serta mempengaruhi seni bina di Asia Timur.

Hari ini, kawasan Forbidden City ini merupakan Muzium Diraja yang dibuka untuk lawatan oleh para pelancong.

 

Rujukan :

Miaschi, John. (2018, June 26). The World's Most Visited UNESCO World Heritage Sites.

World Atlas