Teringin Nak Candat Sotong? Jom Terjah Port Happening Ni Kat Laut Rompin-Tioman, Pahang!
TRAVELKalau sebut saja tentang mencandat sotong, mesti yang terbayang di fikiran kita ialah Pulau Kapas atau pulau-pulau yang ada di sekitar Terengganu, kan?
Tapi...pernah tak korang terfikir bahawa di perairan Rompin hingga ke Tioman, Pahang pun sebenarnya merupakan lubuk sotong yang tak kurang hebatnya!
Ya betul...min tak tipu dan itulah yang min serta beberapa orang sahabat rasai sendiri pengalaman mencandat sotong di Pulau Tioman baru-baru ini pada waktu malam bersama seorang pengendali bot memancing yang berpengalaman dan terkenal di Rompin iaitu Mat Rompin Boat Charter!
Hasilnya?! Bukanlah nak berbangga, tetapi sotong di Tioman adalah tangkapan sotong paling banyak yang pernah kami candat kalau nak dibandingkan ketika pergi ke Pulau Kapas, Terengganu beberapa tahun dahulu yang mana kami dapat tak sampai 5 ekor pun sepanjang malam.
Malah lebih menyeronokkan apabila tempoh kami menunggu untuk mendapatkan sotong adalah lebih singkat dan sotong-sotong yang dinaikkan pula besar-besar belaka yang mana menurut orang tempatan di situ ia adalah sotong Gred A yang terbaik serta boleh mencecah harga sehingga RM30 sekilo!
Trip mencandat sotong atau disebut 'Squid Jigging' di Pulau Tioman ini tercetus selepas ada beberapa sahabat min yang nyata tidak berasa puas ketika mencandat sotong di Terengganu di mana mereka tidak mendapat hasil pun selepas mencandat selama 2 malam di sana -- oleh sebab itu kami pun mengaturkan trip ini dan mencuba nasib di perairan Tioman, Pahang yang mana tak ramai ketahui bahawa di sana banyak lubuk sotong terbaik.
Candat Sotong Bersama Mat Rompin Boat Charter
Kami memulakan trip mencandat sotong dari Jeti Tok 4 Sungai Puteri, Kuala Rompin dengan menaiki bot yang dikendalikan Mat Rompin Boat Charter.
Bot ini diketuai oleh seorang Tekong atau dipanggil Captain Mat Rompin yang telah berpengalaman selama 13 tahun serta sangat arif dengan lubuk-lubuk ikan dan sotong di sepanjang perairan Rompin-Tioman.
Kalau korang adalah pemancing yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia memancing atau mencandat seperti kami, korang jangan risau kerana Mat Rompin Boat Charter juga memiliki 2 orang pembantu atau disebut 'Deckhand' bagi membantu segala urusan di atas bot seperti mengikat umpan, mengajar pelanggan cara memancing yang betul dan menaikkan hasil tangkapan.
Bot tersebut mempunyai spesifikasi 45 kaki panjang dan 12 kaki lebar serta keluasannya mampu memuatkan kapasiti pemancing seramai maksimum hingga 7 orang.
Tetapi rombongan kami terdiri daripada 6 orang sahaja iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.
Selepas menelusuri perairan dari Rompin hingga ke Tioman yang memakan tempoh perjalanan selama 2 jam setengah, akhirnya kami memulakan aktiviti mencandat sotong pada waktu senja iaitu sekitar jam 7 malam.
Satu lagi kelebihan jika korang menggunakan khidmat Mat Rompin Boat Charter adalah bot mereka mempunyai sonar dan radar Garmin yang baik untuk mengesan lubuk ikan dengan lebih efektif.
Ditambah pula dengan pemasangan dua biji lampu hijau LED berkuasa 3000 Watt di kiri kanan bot, membuatkan aktiviti mencandat sotong kami semakin meriah dengan kehadiran pelbagai hidupan laut menghampiri joran yang diturunkan ke dalam air.
Korang bayangkan dalam tempoh tak sampai 2 jam, kami berenam berjaya menaikkan berekor-ekor sotong dari jenis "Sotong Torak" seperti gambar-gambar kat bawah ni!!
Tips & Teknik Candat Sotong
Hasil tunjuk ajar daripada Captain Mat dan 2 orang pembantunya, kami mencandat sotong pada malam itu dengan menggunakan teknik 'candat mayat'.
Caranya adalah dengan menenggelamkan candat sehingga ke dasar laut. Batu ladung dan candat yang digunakan sebagai pemberat dibiarkan di dasar, hanya tali pancing dihenjutkan dengan cara mengendur serta menegangkannya. Apabila terasa sesuatu yang berat, tarik atau gulung tali joran secara sederhana.
Apabila candat mengenai sotong, jangan gulung tali joran secara laju atau kasar, juga tidak boleh terlalu perlahan hingga sotong mampu meloloskan diri. Sebaliknya tips bagi menaikkan sotong yang berjaya adalah dengan menggulung tali joran secara tenang dan steady! Chewahhhh....hehe...
Bagi korang yang mungkin takut mabuk laut atau termuntah di atas bot, dinasihatkan agar korang makan sesuatu untuk mengisi perut kemudian telan pil ubat tahan mabuk lebih kurang setengah jam atau sejam sebelum korang keluar mencandat sotong.
Syukur, pada malam itu kesemua ahli trip kami tidak mengalami masalah mabuk laut!
Malam itu kami semua sangat seronok dengan hasil tangkapan sotong yang diperolehi dan sempat kami merasa makan sotong segar bersama maggie di atas bot! Rasa manis dan rangupnya sotong fresh dari laut memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata..."heaven" bak kata omputih!
Sehinggakan sahabat min memuji ini merupakan pengalaman mencandat sotong beliau yang paling happening berbanding beliau pernah pergi ke Terengganu dan Perlis sebelum ini.
Pilihan Pakej Memancing
Kalau korang yang mungkin merancang untuk bercuti ke Rompin atau Pulau Tioman tetapi tak tahu nak buat aktiviti apa yang menarik dan boleh menaikkan adrenalin -- korang boleh cuba ambil pakej memancing laut bersama Mat Rompin Boat Charter.
Bukan sahaja jigging sotong, korang juga boleh cuba sekiranya ingin merasai pengalaman menaikkan pelbagai jenis ikan popular di Rompin seperti Ikan Layaran atau 'Sailfish', Ebek, Dorado, Tenggiri, Sotong Mengabang dan banyak lagi.
Berikut adalah 6 pakej memancing yang boleh korang pilih mengikut citarasa masing-masing:
Pakej 1
-Memancing di area Kuala Rompin sahaja.(memancing balik hari)
-Sewa bot RM 1900 per/day.
-Start pancing pukul 8 pagi - 5 petang.
Pakej 2
-Memancing Bottom Fishing 2 hari 1 malam & tidur di Chalet Tioman.
-Harga RM 4600 (tak termasuk sewa chalet)
Pakej 3
-Memancing Bottom Fishing 2 hari 1 malam tidur di dalam bot.
(memancing sepanjang masa di dalam bot)
-Harga RM 5500 untuk 2 hari 1 malam.
Pakej 4
-Memancing Bottom Fishing 3 hari 2 malam tidur di dalam bot.
(memancing sepanjang masa dalam bot)
-Harga RM 7500 utk 3 hari 2 malam.
Pakej 5
-Pakej Candat Sotong Panjang
-Memancing start pukul 3 petang dan balik pada keesokan paginya.
(memancing 1 hari 1 malam)
-Harga RM 2200
Pakej 6
-Pakej Mancing Sotong Mengabang 1 Hari
-Start pancing pukul 8 pagi-5 petang.
-Pancing Sotong Mengabang Area Kuala Rompin sahaja.
-Harga RM 1900
Bagi min harga yang ditawarkan ini walaupun mungkin kedengaran agak mahal bagi sesetengah orang namun jika dikongsi bersama kawan-kawan yang pergi sekali, ianya sangat berbaloi dan pulang modal.
Bukan sahaja kita dapat merasai keenakan ikan-ikan segar apabila membawa pulang hasil tangkapan...tetapi yang lebih penting adalah pengalaman memancing di laut itu sendiri yang sangat berharga dan menjadi kenangan seumur hidup.
Kalau korang berminat untuk mencuba mana-mana pakej yang ditawarkan, korang boleh sahaja menghubungi Captain Mat Rompin menerusi:-
NO. TEL / WHATSAPP: 019-923 2683
FACEBOOK / FB PAGE: Mat / Mat Rompin Boat Charters