Terjun Dari Ketinggian Menyeramkan Di Dunia. Anda Berani?

TRAVEL
April 11, 2019 - 05:34 PM


Siapa antara korang suka aktiviti lasak yang mencabar keberanian dan tahap adrenalin diri sendiri?

Kalau korang memang kaki travel dan suka berjalan tengok negara orang, cubalah cari spot yang menawarkan permainan bungee jumping.

Boleh kata setiap negara dekat dunia ni ada spot untuk aktiviti bungee jumping iaitu sukan ekstrem di mana kaki korang akan diikat, lalu diterjunkan ke bawah dari tempat yang sangat tinggi.

Tapi, berikut adalah 16 lokasi bungee jumping yang giler ekstrem dan paling menyeramkan di dunia!

 

260 Meter: Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge, Hunan, China

Dibuka secara rasmi pada tahun 2016, Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge ini masih memegang takhta jambatan kaca paling tinggi dan terpanjang di dunia!

Manakala sejak Ogos tahun lepas, di situ juga ditawarkan spot untuk melakukan bungee jumping paling tinggi di dunia, sekaligus menewaskan rekod Macau Tower sebelum ini.

Sebelum melakukan aksi terjunan, di sini adrenalin korang akan teruji dengan laluan jambatan kaca sepanjang 1,400 kaki.

Kemudian, baru mimpi ngeri bermula apabila korang melakukan terjunan antara dua tebing gunung setinggi 260 meter! Giler serammmmmm….

 

233 meter: Macau Tower, Macau, China

Sebut je Macau mesti yang terbayang dalam fikiran kita adalah lokasi untuk berjudi atau kasino, kan?

Tapi korang jangan takt ahu dekat sini juga ada sebuah Menara dengan ketinggian 233 meter yang menjadi kegilaan kaki bungee jumping.

Malah, Rekod Dunia Guinness bagi kategori "Lompatan Bungee Komersial Tertinggi" juga tercatat di sini oleh seorang usahawan New Zealand, Alan John yang membuat lompatan pada tahun 2007.

Dan kalau korang penggemar rancangan “Running Man”, korang mesti ingat tahun 2013 salah seorang ahli wanitanya iaitu Song Ji Hyo dengan berani telah melompat dari Macau Tower ini!

 

220 meter: Empangan Verzasca, Ticino, Switzerland

Empangan Verzasca adalah satu-satunya tempat bungee jumping yang boleh uji adrenalin korang pada waktu malam.

Ini kerana empangan tersebut akan dinyalakan dengan lampu limpah atau ‘floodlight’ atau cahaya semulajadi Bulan.

Tapi bukanlah tak ada aktiviti ni untuk belah siang. Ada juga!

Bahkan Empangan Verzasca juga popular kerana babak aksi terjunan James Bond dalam filem “GoldenEye” dirakamkan di empangan ini.

Tapi bagi korang yang jenis “Achluophobia” atau takut dengan gelap, jangan cuba-cuba nak buat bungee jumping di sini ok!

 

216 meter: Bloukrans Bridge, Western Cape, Afrika Selatan

Terletak di tengah-tengah negara safari, Afrika Selatan, Jambatan Bloukrans ini merupakan lokasi bungee jumping semulajadi komersial yang paling tinggi di dunia.

Melompat dari tempat ini memberikan keseronokan berganda kerana selain dapat terjun dari pod melompat, korang juga dapat menikmati persekitaran padang belantara Afrika.

 

206 meter: Jambatan Rio Grande, Taos, New Mexico

Melompat dari jambatan ini ke jurang sungai Rio Grande bakal mencipta kenangan yang takkan dapat dilupakan.

Keseronokan terjun dari aras tinggi dengan suasana mempesonakan memang satu pengalaman sensasi untuk korang yang fanatik dengan bungee jumping.

 

192 meter: Jambatan Europabrücke, Innsbruck, Austria

Melakukan bungee jumping di sini adalah satu pengalaman terbaik apabila korang sebenarnya membuat terjunan di jambatan yang menghubungkan antara 2 negara iaitu Austria dan Itali.

Korang bayangkan dalam kedudukan terbalik, badan korang diayunkan menghadap keindahan Pergunungan Alps. Memang superb, beb!

Nak lagi best, lepas tu korang cuba pula buat terjunan dari belon udara panas yang tengah bergerak. Power siot!

 

190 meter: Jambatan Niouc, Val d'Anniviers, Switzerland

Apa perkara pertama yang muncul dalam otak korang bila sebut pasal Switzerland? Jam tangan Swiss ke coklat Toblerone? Hahaha…

Kalau bagi penggemar bungee jumping, Switzerland adalah syurga untuk melakukan lompatan tertinggi di Eropah dari jambatan tergantung, Niouc Bridge yang berwarna merah ini.

 

175 meter: Altopiano di Asiago, Vicenza, Itali

Lokasi ini sesuai kalau nak mencabar pasangan korang untuk buktikan setinggi mana cintanya pada anda.

Barulah boleh cakap “You jump, I jump”. Hahaha…

Ini kerana ramai pengantin baru atau pasangan ‘Romeo & Juliet’ melakukan adegan romantik-lasak mereka dengan melakukan "tandem bungee" di sini.

 

169 meter: Empangan Kolnbrein (Kölnbreinsperre), Carinthia, Austria

Di Carinthia, Austria ini mempunyai 2 tapak bungee jumping.

Bagi korang yang tak berapa nak berani melompat dari Jambatan Europabrücke, korang boleh cuba terjun dari Empangan Kolnbreinnya yang sedikit kurang ekstrem.

Tapi itulah korang akan melompat dari sebuah kren yang diparking di hujung empang tersebut.

 

160 meter: The Last Resort, Sungai Bhote Kosi, Nepal

Jangan risau walaupun namanya adalah ‘The Last Resort’ tapi Insya-Allah ia takkan jadi terjunan terakhir korang di sini. Hehehe…

Malah, bungee jumping dari atas jambatan gantung terpanjang di Nepal ini akan membuatkan anda teruja apabila anda lompat dalam keadaan terbalik dari Sungai Bhote Kosi.

 

152 meter: Ponte Colossus, Biella, Itali

Selalunya mana-mana penerjun yang dah cuba melompat dari Ponte Colossus ini mesti akan repeat buat kali kedua!

Korang bayangkan lebih daripada 2,000 penerjun akan berkumpul di sini setiap tahun semata-mata nak merasai pengalaman seakan aksi ‘bunuh diri’ dari atas Jambatan Veglio-Pistolesa.

 

151.5 meter: Jambatan Perrine, Idaho, Amerika Syarikat

Di Jambatan Perrine ni terjunan waktu malam dia memang sangat menakjubkan!

Bagaimanapun, slot melompat dari ketinggian 151.5 meter ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh-tempoh tertentu.

Bagi sepanjang musim panas, bungee jumping di sini hanya boleh dibuat sama ada pada waktu siang atau malam sahaja.

 

150 meter: Kaivopuisto (Sky Breakers), Helsinki, Finland

Aktiviti bungee jumping diadakan setiap tahun dari pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos di Helsinki, Finland.

Menariknya disebabkan lokasi ini berdekatan dengan pantai ada bermacam-macam jenis terjunan yang dilakukan dorang.

Antaranya terjunan bebas dari platform terapung di tengah laut,  pub-bungee, bungee snowboard, melompat dari belon udara panas dan skyvolter untuk penerjun yang berjalan di atas ‘tali awan’.

 

141.5 meter: Jambatan Navajo, Marble Canyon, Arizona

Kalau korang melakukan bungee jumping di Marble Canyon Arizona maknanya korang dah berjaya mencabar diri lompat dari salah satu jambatan Amerika Syarikat.

Lebih menarik di sini menawarkan pemandangan Colorado River yang sangat menakjubkan.

 

134 meter: Nevis Highwire, Queenstown, New Zealand

Ketahui mengapa penerbit rancangan "Fear Factor" suka memberi amaran kepada korang agar  tidak mencuba aksi di Nevis Highwire ini di rumah.

Dari ketinggian 134 meter di atas Sungai Nevis, penerjun akan dibawa menaiki kereta kabel dan selepas kedua-dua pergelangan kaki korang diikat, barulah diri korang akan dilepas bebas dari port bungee jumping paling menyeramkan di New Zealand itu.

 

111 meter: Victoria Falls Bridge, Livingstone, Zambia / Zimbabwe

Uniknya apabila korang terjun dari Victoria Falls Bridge ini umpama korang melompat dari dua negara sekaligus! Iaitu Zambia dan Zimbabwe.

Bestkan, baru betul-betul cipta rekod dan boleh eksyen sikit depan kengkawan. Haha...

Sumber: CNN.com