Terowong Tertinggi Di Dunia Hingga Membelah Gunung Mila Sepanjang 5.7KM





Kepada sesiapa yang mempunyai rancangan untuk melancong ke Tibet, China, jangan lupa merasai pengalaman menarik menyusuri terowong tertinggi di dunia apabila berkunjung ke sana!

Malah korang juga mungkin menjadi antara pengguna terawal terowong dua hala yang terletak pada ketinggian 4,750 meter dari aras laut di Gunung Mila, Tibet yang akhirnya dibuka kepada pengguna secara rasmi pada 26 April lalu.

Terowong sepanjang 5.7 kilometer itu merupakan sebahagian daripada lebuh raya baru sejauh 400 kilometer yang menghubungkan bandar Lhasa dengan Nyingchi di tenggara Tibet.

Pembinaan terowong tersebut bermula pada 2015 di kawasan pergunungan Mila setinggi 5,018 dan siap sepenuhnya pada 22 April lepas.

Dengan terbinanya terowong berkenaan, jarak perjalanan melalui gunung itu berjaya dipendekkan daripada 18 kilometer kepada hanya 5.7 kilometer.

Menariknya lagi disebabkan terowong tertinggi di dunia itu juga, lebih 10 penemuan teknologi telah dihasilkan sepanjang 4 tahun tempoh pembinaannya.

Selain cuaca sejuk dan kekurangan oksigen, cabaran yang paling teruk dihadapi oleh lebih 2,000 pekerja di situ pastinya ialah untuk mengangkut bahan binaan ke atas kawasan pergunungan. Mengagumkan, kan?

Sumber: Xinhuanet

;