Tokyo Dahului Senarai Destinasi Pilihan Pelancong Asia, Malaysia Ditempat Kedua

TRAVEL
January 20, 2020 - 10:13 AM


Sempena Tahun Baharu Cina 2020 yang turut dikenali sebagai Festival Musim Bunga bakal menyaksikan perghijrahan atau perjalanan peringkat global terbesar apabila sebahagian dari penduduk akan membuat perjalanan merentas benua untuk menziarahi keluarga, sahabat dan ada yang memilih untuk bercuti.

Menurut statistik pihak Agoda **; bandar – bandar utama di Asia menjadi pilihan utama yang mana Tokyo, Bangkok dan Taipei menjadi destinasi pilihan utama pelancong – pelancong di Asia untuk menyambut Tahun Baharu Cina yang akan menjelang tak lama lagi.

Pihak Agoda mendedahkan tempahan hotel juga banyak diterima dan negara seperti Jepun, Malaysia dan Thailand mendapat tempat utama sebagai destinasi pilihan pelancong dari Asia untuk menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina ini.

Jika diperhatikan statistik Agoda, pelancong dari China akan bertumpu ke Jepun dan Tokyo, Osaka dan Sapporo menjadi destinasi utama antarabangsa untuk pelancong dari China. Selain itu, Jepun juga menjadi pilihan utama mereka yang dari Thailand untuk Festival Musim Bunga yang mana 8 bandar utama Jepun berada dalam senarai 10 destinasi teratas di Thailand.

Dalam senarai yang dikeluarkan, Malaysia merupakan negara kedua paling banyak dikunjungi pelancong pada Tahun Baru Cina ini dan menjadi destinasi pilihan mereka yang berada di Indonesia. Destinasi pilihan pula adalah Kuala Lumpur, Genting Highlands, Pulau Pinang, Johor Bahru dan juga Kuching.

Sementara itu, Thailand, Jepun dan Indonesia terus menjadi destinasi pilhan rakyat Malaysia dan destinasi seperti Hat Yai, Krabi, Phuket dan Koh Lipe boleh dikatakan ‘tengah in’ untuk tahun 2020 ini dan turut memasuki senarai adalah Tokyo.

Nota Editor : Kalau anda berhajat untuk keluar travel, elak destinasi – destinasi diatas lah ye. Kalau nak elak jumpa orang Malaysia, jangan ke Hat Yai, Krabi, Phuket dan lain – lain. Hehe.

** Statistik Agoda berdasarkan tempahan yang dibuat pada 25-26 Januari 2020