Undang-Undang Yang Pelik Di Seluruh Dunia Dan Kisah Disebaliknya

TRAVEL
November 24, 2020 - 04:57 PM


Kalau sebelum ni Rileklah pernah buat artikel tentang nama-nama tempat yang pelik dan kisah disebaliknya, kali ni Rileklah nak share mengenai beberapa undang-undang yang pelik di seluruh dunia. Korang memang tak akan percaya dengan kepelikan undang-undang ni, dan akan terfikir kenapa la sampai macam tu sekali diorang buat.

 

1) Tak Boleh Makan Chewing Gum Di Singapore

Korang tau tak yang korang tak boleh makan chewing gum di negara jiran kita? Korang boleh disaman dan juga dipenjara kalau kena tangkap tau. Undang-undang ini dibuat kerana negara mereka mengeluarkan $150,000 setiap tahun hanya untuk membersihkan chewing gum yang dibuang merata tempat. Jadi mereka terus ban chewing gum pada tahun 1992.

 

2) Tak Boleh Mati Kalau Selagi Tak Beli Tanah Perkuburan Di France

Ya, korang baca tajuk tu dengan tepat. Di bandar Sarpourenx, korang tak boleh mati dalam kawasan yang ditetapkan selagi korang tak ada tanah perkuburan korang yang tersendiri. Ini kerana tanah perkuburan di bandar itu terlalu penuh, jadi datuk bandar membuat undang-undang ini pada tahun 2008. Siapa yang langgar, akan dikenakan hukuman keras. Macam mana nak hukum orang dah mati? 

 

3) Tak Boleh Berada Dalam Kategori Obesiti Di Jepun

Negara lain seperti Malaysia masih lagi berdebat tentang masalah kesihatan, kemanisan air teh tarik dan sebagainya, tapi di Jepun mereka terus ada undang-undang yang melarang korang berada dalam kategori obesiti. Ini bagi menjaga tahap kesihatan di negara mereka dan agak bagus sebenarnya. Orang Jepun tak boleh melebihi saiz pinggang 33.5 inci untuk lelaki dan 35 inci untuk perempuan.

 

4) Tak Boleh Bawa Barangan Yang Ada Gambar Winnie The Pooh Di Poland

Ya, karakter kartun terkenal Winnie The Pooh telah dilarang di Tuszyn Poland. Segala barangan seperti baju, beg, bekas makanan, topi, dan peralatan tulis yang mempunyai gambar Winnie The Pooh adalah dilarang sama sekali. Ini kerana mereka berpendapat Winnie The Pooh ni tak senonoh kerana tak pakai seluar dan tak mempunyai kemaluan. 

 

5) Tak Boleh Buat Istana Pasir Di Pantai Di Itali

Kalau korang pergi ke Eraclea, Itali, korang boleh mandi dan bersoronok sesuka hati korang. Tapi satu je jangan buat iaitu istana pasir. Kalau anak-anak korang buat korang kena benamkan balik pasir tersebut. Ini kerana bandar tersebut menganggap bahawa istana pasir menganggu pemandangan dan property awam di pantai tersebut.

 

Pelik Tapi Benar

Itulah dia beberapa undang-undang pelik di negara-negara lain. Korang agak-agak ada tak undang-undang yang pelik di Malaysia yang tidak diketahui ramai? Kalau ada korang boleh komen di Facebook okay.