Yeay, Boleh Rentas Negeri Ke Sabah Mulai 1 Nov Nanti! Tapi Ada Syaratnya...
TRAVELJika Ahad lepas, kebenaran rentas negeri masih tidak terpakai untuk ke Sabah -- namun hari ini ada berita baik buat korang yang dah lama teringin nak terbang bercuti ke Negeri Di Bawah Bayu itu.
Mulai 1 November nanti, orang ramai bakal dibenarkan untuk melakukan aktiviti rentas negeri ke Sabah manakala bagi perjalanan rentas daerah pula bermula pada 14 Oktober ini.
Perkembangan terbaharu itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Menurut beliau, kemasukan ke Sabah bagi aktiviti rentas negeri meliputi lawatan sosial dan pelancongan dibenarkan dengan syarat ditetapkan seperti :-
1) Individu telah lengkap divaksin
2) Perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Antigen (Swab/Saliva) dalam tempoh 3 hari sebelum perjalanan.
3) Kerajaan negeri juga membenarkan remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
4) Kanak-kanak di bawah 12 tahun perlu ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin.
Sementara itu, kerajaan negeri berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap di Sabah.
Setakat 11 Oktober lalu, kadar vaksinasi dewasa di Sabah telah melebihi 70 peratus.
Sumber: Astro Awani