Yeay, Akhirnya Dah Boleh Enjoy Ke Taman Tema Termasuk Waterpark!

TRAVEL
June 30, 2020 - 11:47 AM


Wah, ini ada satu berita gembira untuk ibu bapa yang dah lama nak bawa anak-anak bersuka-ria di taman tema!

Mulai esok (1 Julai 2020), Kerajaan telah membenarkan untuk 54 taman tema di seluruh negara termasuk taman tema air beroperasi semula dan menerima kedatangan pengunjung.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dengan beberapa syarat SOP yang perlu dipatuhi oleh kesemua pengusaha taman tema berkenaan, antaranya :-

1) Memastikan penjarakan sosial dipatuhi pada setiap masa.

2) Had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema.

3) Pengunjung perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera serta pemeriksaan suhu badan dan penyediaan cecair pencuci tangan.

4) Mengikuti Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Garis Panduan Pemantauan Kualiti Kolam Air.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN) 

 

Destination: