"Mungkin Pakai Garam Bukit & Telur Itiknya Diimport Dari Rusia" - Ramai Bengang Separuh Telur Masin Dijual RM3 Di Kafe Hospital!

TERKINI
June 07, 2023 - 01:21 PM


Di kala kita berada di zaman mata wang Ringgit yang semakin tidak stabil dan peningkatan kos hidup sara diri -- semakin ramai juga peniaga yang berani mengenakan caj makanan yang dimasak dengan harga yang 'kurang masuk akal'.

Terbaharu viral di media sosial apabila seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendapati salah satu item dalam nasi campur yang diambil harganya dianggap tidak munasabah.

Bayangkan, dua jenis lauk bersama nasi putih sahaja sudah berharga RM11 dan lebih memeranjatkan apabila sebenarnya telur masin yang diambilnya rupa-rupanya dicaj RM3 untuk separuh potongan sahaja!

"Bertabahlah di hari Jumaat yang mulia ini," -- demikian tulis individu berkenaan dalam satu status yang dimuat naik menerusi WhatsApp Story.

Menerusi gambar resit yang dimuat naik di dalam perkongsian itu, individu tersebut mengambil sepinggan nasi putih bersama separuh telur main dan seekor ikan sambal.

Pada resit tersebut dipaparkan nasi yang berharga RM2, telur masin separuh RM3 dan seekor ikan masak sambal dijual pada harga RM6 dengan jumlah keseluruhan RM11.

Apa yang membuatkan individu tersebut tidak berpuas hati apabila dia menganggap harga bagi separuh telur masin iaitu RM3 adalah amat tidak munasabah.

Berdasarkan maklumat yang tertera pada resit juga, difahamkan insiden tersebut berlaku di kafe sebuah hospital di ibu negara.

Bagaimanapun, individu berkenaan tidak mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku selepas itu, sama ada dia membuat aduan atau sebaliknya.

REAKSI NETIZEN YANG MARAH DENGAN PERKARA ITU

Perdebatan mengenai harga makanan individu berkenaan meniadi hangat selepas dimuat naik oleh satu akaun Twitter.

"Kepala b**a dia telur masin separuh RM3. Separuh ye bukan sebiji!"

"Jangan normalisasikan harga makanan macam ni. 'Sekarang semua barang mahal'. Padahal awak guna pun benda bersubsidi," demikian kapsyen yang ditulis admin akaun tersebut.

Menjengah ruangan komen pula, warga maya memberikan reaksi yang pelbagai -- namun rata-ratanya berpendapat harga RM3 bagi separuh telur masin adalah tidak masuk akal.

"Wow sebiji RM6. Lebih Yahudi daripada Yahudi."

"Telur masin paling mahal pun dalam RM1.80 sebiji. Jual separuh dah balik modal berganda."

"Telur masin dia mungkin pakai garam bukit, lepas tu itiknya import dari Rusia."

"Aku setuju juga kata mahal sebab kalau sebiji RM6. Sama macam seketul ayam juga harga tu. Jadi separuh RM3 agak mahal," demikian antara komen netizen.

Namun ada dalam kalangan warga maya yang mencadangkan agar mana-mana individu supaya membiasakan diri bertanya harga makanan terlebih dahulu sebelum mengambilnya untuk mengelakkan insiden yang sama.

Sumber: Mstar

Destination: